Pelan Untuk Peniaga

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Salam untuk semua rakan peniaga.

Setakat ini rasanya saya baru mempunyai 3 orang klien dari kalangan peniaga/usahawan. Tak ramai rupanya ya. Mungkin rakan-rakan usahawan saya sibuk dan tiada masa untuk mendapat penerangan khusus berkenaan perlindungan takaful.

Jika anda peniaga, sebenarnya anda adalah orang yang sangat memerlukan TAKAFUL. Kerana pekerjaan anda sekarang adalah bergantung kepada diri atau syarikat yang anda usahakan sekarang.

Bayangkan Allah uji dengan musibah sakit, tidak mampu bekerja 6 bulan sahaja. BAGAIMANA DENGAN PERNIAGAAN ANDA? MASIH BOLEH BERTAHAN JIKA ANDA TIDAK BEKERJA 6 BULAN? BAGAIMANA NAK ROLLING MODAL JIKA ANDA TUTUP KEDAI 6 BULAN?

Ya, anda boleh gunakan SIMPANAN yang ada. TAPIIII tak sayang kah wang yang anda simpan bertahun-tahun LEBUR sedikit demi sedikit untuk cover pendapatan yang TIADA selama 6 bulan itu?

Mahukah saya cadangkan anda pelan takaful yang bersesuaian untuk MENGURUSKAN RISIKO berkenaan.

Sebagai perunding takaful sudah menjadi tugas saya memberi khidmat nasihat serta menawarkan pelan terbaik serta bersesuaian dengan keperluan anda. 

Pelan medical card - Anda boleh gunakan kad perubatan sekiranya dimasukkan ke hospital. Anda sudah bekerja keras setiap hari untuk syarikat atau perniagaan anda. Apelah salahnya anda peruntukan sedikit wang untuk manjakan diri anda seketika di hospital swasta yang selesa. Jika pasangan anda perlu menjaga kedai/pejabat dan sebagainya anda tak perlu risau. Di hospital swasta anda akan dilayan sebaiknya. Jika perlukan apa-apa just tekan bell saja. Ini merupakan pengalaman saya sendiri ketika warded pada bulan 3 yang lepas. 

Selain itu saya juga mencadangkan anda mengambil pelan INCOME REPLACEMENT iaitu pelan penggantian gaji sekiranya berlaku hilang upaya/sakit yang menyebabkan anda tidak mampu bekerja. Sekurang-kuranya pampasan ini boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan yang hilang. Pengiraan biasa ialah GAJI ANDA SETAHUN x 10 @ 5 tahun. Untuk lebih details kita akan berbincang lanjut untuk memastikan ianya sesuai dengan bajet anda.

Yang penting anda sedar betapa pentingnya takaful kepada seorang PENIAGA/USAHAWAN.

Hubungi saya untuk perbincangan lanjut ya.

Love,
Your trusted Takaful Advisor,
Ila

Follow instagram atau FB saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan takaful.

Oh ya jika kau orang nak buatkan takaful ibu bapa masih sempat ya. Hanya RM 50 sebulan sahaja. Klik sini untuk info


Permohonan Medical Card

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalam semua.

Baru balik short gateway ke PD. Kami pergi 2 malam. Satu malam di Thistle dan satu malam lagi di Grand Lexis. Thistle kami booking melalui booking dot com. Check in Sabtu, checkout  Ahad. Kemudian check in Grand Lexis, Isnin checkout. Ada beberapa gambar yang saya share di instagram . Overall Thistle tetap di hati.hehe

Oklah balik dari bercuti, malamnya saya ada appointment di Old Town White Coffe Bangsar South dengan prospek iaitu seorang bank officer yang berminat untuk mengetahui tentang medical card. Seorang lelaki berumur 37 tahun. Beliau merupakan rakan satu opis kepada klien saya juga. Kira macam referal lah.

Saya menerangkan tentang medical card, terdapat 4 jenis iaitu :

1) i-Medik - ada co takaful
2) i-Medik Xtra-tiada co-takaful
3) i-Medik Plus- medical card kalis inflasi
4) i-Medik Xtender- kenaikan 10X GANDA limit tahunan

Beliau bersetuju untuk mengambil i-Medik room & board 200. Terdapat 5 jenis room and board, boleh rujuk di sini. Beliau juga mengambil pampasan untuk penyakit kritikal peringkat awal, peringkat lanjutan, kemalangan serta elaun wad dengan hanya RM 230 sebulan sahaja.

Sebenarnya lagi muda usia kita membuat permohonan takaful, lagi murah carumannya. Dengan room & board 200, beliau telah dilindungi oleh medical card sebanyak RM 120 ribu setahun..Banyak jugak dah tu woihh. Kalau rasa bimbang, tambahlah dengan i-Medik Xtender, automatik limit tahunan terus menjadi 1.2 juta (sebab naik 10X ganda kan).

Kau orang kena faham ya saya bukan menjual. I'm takaful advisor. Tugas saya ialah memberi penerangan serta consult supaya anda mendapat pelan terbaik yang suit dengan bajet anda.

Kalau bajet camry, dapatlah selesa camry. Kalau bajet kancil dapat selesa kancil. Bukan nak perkecilkan kancil ke ape, tapi ikut keselesaan masing-masing. Jika rasa 200 ringgit sebulan agak berat dengan komitmen anda ambillah pelan 100 sebulan dahulu, Yang PENTING anda dilindungi.

Bila diuji musibah saya akan bantu anda untuk membuat claim kepada Great Eastern Takaful. Jika anda sebagai ketua keluarga meninggal dunia saya akan menguruskan hibah yang ditinggalkan untuk keluarga anda. 

Yang perlu sekarang adalah kesedaran anda untuk dilindungi oleh Takaful.

Your trusted takaful advisor
Ila

p/s Takaful Ameen akan berakhir 31 Disember 2016. Cepat-cepat mohon ya
p/s Boleh follow saya di facebook untuk info berkenaan takaful


Apa Itu Hibah?

10:15 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalam semua.

Tiba-tiba rajin saya mengupdate blog. Akhirnya saya realize ramai yang suka mencari info takaful di internet. Mudah-mudahan jika ada yang tersinggah ke sini ada ilmu yang diaorang dapat sebelum keluar dari blog ini.

Hari ini topik berkenaan hibah pula. Agak berat untuk dibincangkan namun ia adalah sebahagian tugas perunding takaful mendidik masyarakat terutama muslim. 

Apa itu hibah takaful? Ia adalah hadiah atau pemberian sebagai tanda kasih sayang kepada kepada orang tersayang jika ditakdirkan kita perlu dahulu. Ia boleh hibahkan kepada isteri/suami, anak-anak mahupun ibu/bapa.

Apa keperluan hibah takaful?

1) Sebagai penghapus hutang - Islam sangat menitik beratkan soal hutang. Sehingga nabi s.a.w bersabda 

“Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutangnya belum dijelaskan”.

Jika suami meninggal, orang akan cari isterinya untuk menuntut hutang, betul tak? Tak dapat isteri barulah mereka mencari ibu-bapa atau adik-beradiknya yang lain. Kerana apa? Sebab isteri adalah orang yang paling hampir dengan suami.

Sebagai isteri kena take note perkara-perkara begini. Takut kan cerita bab meninggal ni semua. Tak nak fikir pun kena fikir. Bersedia atau tidak ia akan berlaku.Cuma tarikh dah tahun saja tak tahu.  Bila berlaku hutang piutang tetap perlu diselesaikan.

2) Penggantian pendapatan
Jika hanya suami pencari nafkah keluarga, kehilangannya menyebabkan KEHILANGAN PUNCA PENDAPATAN KELUARGA. Dengan hibah takaful si isteri mendapat sejumlah wang untuk menyara keluarga. Bakinya boleh disimpan di tabung haji. Contohnya jika hibah RM 500,000x8% divide tabung haji bersamaan RM 40,000 bahagi 12 bulan bersamaan RM 3334 sebulan. Tanpa perlu bekerja, wang berkenaan boleh digunakan oleh puan-puan untuk membesarkan anak-anak di depan mata sendiri. 

3) Mendapat Aliran tunai segera
Hibah takaful dapat digunakan dahulu sementara proses pembahagian harta dijalankan. Semua tau kan, wang di bank, tanah, rumah dan lain-lain akan dibekukan sementara sehingga selesai proses ini. Hibah takaful pula akan diberikan terus kepada PENAMA yang telah ditetapkan. No gaduh-gaduh. Memang sudah tertulis di dalam SIJIL TAKAFUL anda penama yang sah!

4) Dana Pendidikan Anak
Ya, yang ini pun penting. Anak-anak nak sambung belajar pun perlukan DUIT. Anak-anak kita belajar pandai-pandai, for sure nak sambung ke peringkat tertinggi. Tapi ibunya tak mampu. Pilu rasanya. 

Lebih kurang kalau anak minta sesuatu tapi kita tak mampu hendak tunaikan. Contoh kecil kalau anak saya minta nak makan sesuatu, tak dapat tidak sebagai ibu sure saya akan tunaikan juga permintaan anak. Tak dapat hari ini, esok lusa saya akan cuba di tempat lain sebab nak tunaikan hajatnya. Gembira sangat mereka bila kita bawa balik dan dia makan dengan berselera sekali.

Dengan duit hibah ini, puan-puan boleh gunakan untuk menanggung anak-anak di universiti. Kalau anak tak mahu sambung belajar tapi minat berniaga. Tak mengapa, sekurang-kurangya kita telah sediakan modal untuk mereka mula berniaga. Sekiranya nak tahu details berkenaan takaful pendidikan pun boleh, klik sini

Itu adalah antara manfaat hibah. Bole helo saya untuk perbincangan lanjut atau isi borang di sini .

Your trusted takaful consultant
Ila

Klien Pertama Bulan Disember 2016

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Salam semua..

December is coming. Bulan terakhir tahun ini.

Jom lihat pencapaian kita. Hmm. saya sendiri terlalu banyak lagi yang perlu dicapai. Bagaimana pun saya sangat bersyukur, jika dikaji dari segi kewangan Alhamdulillah lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Oh ya, sebelum tu, saya close case yang pertama di bulan Disember Ahad lepas.

Ini adalah coursemate saya semasa di UTM dahulu. Kami berborak panjang tentang kehidupan for few years back, yelah lama tak jumpa kan. Macam-macam cerita yang keluar. Yang happy, kelakar dan macam-macamlah. Uni time memang best. I'm not best student, hahaha. Don't ask me berapa pointer saya.

Oklah, berbalik kepada kisah sahabat saya, dia berminat untuk mengetahu lebih lanjut berkenaan medical card. Walapun company beliau bekerja ada menyediakan medical card, namum ia hanya boleh digunakan semasa bekerja sahaja. Ini adalah sebagai persediaan beliau untuk digunakan selepas retirement atau mungkin tiba-tiba beliau resign dari company dan buat perniagaan sendiri.

Concern beliau adalah berkenaan dengan limit yang sedia ada, lebih kurang RM 90,000 setahun. Jadi saya mencadangkan beliau untuk menambah manfaat 'medical card X-tender' yang mana limit RM 90,000 akan bertambah menjadi 10 KALI GANDA , RM 900,000 setahun. Ya, beliau bersetuju untuk  menambah manfaat berkenaan.

Ada beberapa manfaat tambahan lain yang beliau ambil.

Saya juga menerangkan kepadanya senarai 26 perkara yang akan dicover oleh medical card. Banyak kan? Of course lah. Ini termasuklah car assistance iaitu bantuan ketika kereta anda rosak di jalanraya. U see betapa Great Eastern Takaful prihatin dengan klien mereka, bukan sahaja klien dijaga malah kereta klien juga kami ambil berat. Manfaat ini tiada jika anda apply medical card lain:)

Terutama untuk lady driver kalau tiba-tiba tengah jalan kereta rosak ke tayar pancit, suami atau tunang pulak outstation, jangan stress. Call dulu Car Assistance, mereka akan bantu. Perkhidmatan disediakan di seluruh negara. Kalau travel jauh-jauh pun tak risau. Car Assiatance ni beroperasi 24 jam sehari.

Oklah setakat ini dulu. Jika kau orang sedang mencari medical card, boleh contact saya ya atau isi form di sini

Your trusted takaful consultant
Ila

Prospecting di PPUM

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalam semua.

Kebelakangan ini saya kerap juga ke PPUM untuk prospecting new customer di sana.

Yup, saya akui saya bukanlah sejenis yang sangat ramah untuk hai di sana dan di sini. Namun tugas sebagai takaful konsultan telah membawa saya ke satu tahap yang baru. Saya harus berkongsi manfaat takaful dengan lebih ramai orang di sekeliling saya. Saya perlu buka mulut dan bertanya beberapa soalan ringkas untuk mendapat feedback sejauh mana pemahaman mereka berkenaan TAKAFUL.

Adatlah, bercakap dengan stranger kau orang pun pasti ada sedikit skeptikal jika saya datang tiba-tiba ke arah anda. Tak mengapa, saya hanya berikan bisnes kad saya, mungkin satu hari mereka akan menghubungi saya.

Saya berjumpa beberapa orang yang agak positif dengan TAKAFUL. Mereka adalah dikalangan yang sudah ada takaful dan mereka ingin tahu pula tentang produk Great Eastern Takaful serta faedahnya.

Berbanding dengan mereka yang belum ada (hanya agakan saya sahaja) terlalu takut, sampaikan kad/flyer yang saya berikan langsung mereka tidak mahu ambil. Saya katakan pada mereka 'Ambil je, mana tau suatu hari mungkin puan/encik perlukan saya'. Barulah mereka ambil. Takut sangat mereka dengan agen takaful rupanya :)

Saya masih lagi berulang alik ke sana untuk prospecting. Oklah, kalau ada staff PPUM yang membaca posting ini kau orang boleh contact saya sekiranya perlukan khidmat nasihat untuk semak polisi atau nak tahu berkenaan pelan yang best-best dari Great Eastern Takaful. Sudah 108 tahun di pasaran, so jangan ragu-ragu dengan kami. Kalau company ni tak strong dan tak bagus, dah lama company ni hilang dari industri atau dibeli oleh syarikat-syarikat lain seperti yang terjadi kepada beberapa syarikat takaful lain.

Your trusted takaful consultant
Ila 010-436 3234

Promosi Takaful Ibu Bapa Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2016

10:24 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Hai semua :)

Nak bagitau ni.

Takaful iGreat Ameen telah dilanjutkan lagi sehingga hujung tahun ini sahaja.

Untuk yang baru mengikuti blog ini, Takaful iGreat Ameen adalah DIJAMIN LULUS dan di bawah Produk corporate social responsibility(CSR) Great Eastern Takaful.

Bila lagi mahu berbakti kepada ibu-ayah kita kan? Hanya serendah RM 50 sebulan sahaja. Atau boleh rujuk posting sebelumnya di sini

Nampak tak bagaimana pelan ini berfungsi? Lebih kepada sumbangan kita untuk mereka di alam sana. Kita sendiri nak sedekah RM 10 ribu bagi pihak mereka mungkin agak sukar kerana kekangan kewangan sebagainya, namun dengan hanya RM 50 sebulan ianya mampu dilaksanakan.

Sekali lagi, promosi TAMAT pada 31 Disember 2016.

Cepat-cepat grab promosi ini ya. LIMITED TIME ONLY!


Your trusted takaful consultant
Ila 010-4363234

Klaim Elaun Wad RM180

11:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Alhamdulillah.

Klaim berjumlah RM180 ringgit terus masuk ke akaun klien (ini adalah contoh klaim saya sendiri).

Saya sertakan bukti email untuk rujukan sahabat semua.

Klaim sebenarnya mudah jika kita mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan.

Contohnya klaim elaun wad ini ;

Perlu meyedikan discaj bil yang original.

Lagi satu syarikat tidak melindungi penyakit yang sedia ada. Sekiranya syarikat dapat tahu klaim anda memang tidak akan diluluskan.


Izinkan saya membuat presentation ringkas untuk cik puan yang tinggal di sekitar KL atau Selangor. Sambil-sambil itu boleh kita berbincang berkenaan ilmu asas kewangan.

Jumpa anda,InsyaAllah!

Love
Shahila
010-4363234

Tips RM 2 sehari

17:43 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Sekarang rata-rata syarikat sedang buat pengstrukturan semula. Walaupun ada yang kurang terasa kesannya, namun banyak syarikat yang sedang ke arah gulung tikar atau mengecilkan bilangan pekerja untuk mengurangkan kos overhead.

Walau apa pun tapak kewangan keluarga tetap perlu dijaga. Bayangkan di waktu sukar, simpanan pun tidak seberapa, didatangkan pula kepada ujian yang kita tidak JANGKA & SANGKA.  Bagaimana untuk kita mengendalikan kehidupan? Ada atau tidak di dalam minda kita seoarang atau dua dari ahli keluarga kita yang kita pasti akan meminjam atau membantu kita dari segi kewangan sekiranya diuji musibah? 

Pernah mendengar pepatah malang tidak berbau? Ya,jika berbau pasti kita sudah membuat persediaan awal?

Di musim ekonomi begini saya pasti agak sukar untuk menyimpan bukan? Bagaimana dengan RM 2 sehari?



Apa yang RM 2 sehari akan membantu ;

1. Pampasan lumpuh kekal - RM 60,000.
Akan deberikan kepada ketua keluarga. Ini akan membantu menggantikan pendapatan ketua keluarga yang hilang kerana tidak mampu lagi bekerja kerana diuji musibah lumpuh.

2. Khairat kematian - RM 62,000.00
Akan dihibahkan kepada waris (isteri/anak-anak) untuk mereka meneruskan kehidupan setelah kehilangan ketua keluarga.

3. Pampasan penyakit kritikal - RM 30,000.00
Akan deberikan kepada ketua keluarga. Ini akan membantu membayar bil perubatan bila diuji musibah sakit tanpa perlu membayar menggunakan simpanan peribadi.
*contoh di atas adalah untuk lelaki berumur 30 tahun
Anda memerlukan lebih kurang 86 tahun untuk mencipta harta sebanyak RM 62,000 kepada ahli waris jika menyimpan sebanyak RM60 sebulan atau 41 tahun untuk memperoleh sebanyak RM 30,000.

Mungkin ia perlukan sedikit pemahaman & perbincangan lanjut. Jom buat temujanji bersama saya untuk perbincangan seterusnya.

Izikan saya untuk membuat presentation ringkas kepada cik puan/tuan yang berada di sekitar KL dan Selangor.

Setelah presentation ringkas dilakukan tuan/cikpuan berhak memilih untuk bersetuju atau tidak. Tiada paksaan ok!

Cik Puan pernah terfikir tak untuk menghadiahkan senaskah takaful kepada en. suami? Sekiranya ya, hubungi saya ASAP ya!

Jom bersilaturahim, InsyaAllah! 

Love,
Shahila
010-4363234


Refleksi ?

19:48 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Ada sahabat-sahabat yang bertanya boleh tak buatkan medical card untuk ibu bapa mereka. Yalah dulu mereka susah, sekarang semua sudah besar, adik-beradik semua ada kerjaya yang agak baik dan berkewangan stabil.
Saya beritau pertama medical card memang tinggi carumannya bila usia meningkat. Yang ini tiada masalah sebab mereka boleh berpakat adik-beradik sedikit sorang.
Yang kedua selalunya ibu-bapa ini sudah ada penyakit seperti kencing manis*ramai sangat*, darah tinggi, kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan lain-lain. Jadi walaupun ada kemampuan wang tapi faktor kesihatan menyebabkan permohonan ditolak.
Soalan ini refleksi kepada kita sebenarnya. Yalah sekarang kita muda, sihat, bekerja dan ada kewangan untuk mendapatkan medical card. Bayangkan bila tiba masa kita di usia emas nanti *InsyaAllah panjang umur*anak-anak tak perlu bimbangkan kita. Kita merancang dari sekarang. Medical card akan menjalankan tugas bila tiba masanya. Gunakan simpanan hari tua kita benar-benar untuk perbelanjaan di hari tua bukan membayar kos perubatan.

Semak manfaat medical card/kad perubatan. Pilihan di tangan sendiri. Yang bijak dan nampak akan bertindak segara!

Great Eastern Takaful Raya 2016

16:41 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

 

Yeay. Tema tahun ni pulak Blue Hipster. Disebabkan saya agak terlewat untuk update blog, seperti biasa sudah kering idea apa yang mahu saya tulis.

Joms layan gambar jela ye 😘


Posing sat 😘


Bergambar bersama CEO Great Eastern Takaful Tuan Zafri



Bersama otai takaful Group Manager Kak Ieza (2 dari kanan) dan mama Jamilah (3 dari kanan) yang juga merupakan insan yang membawa saya ke dunia takaful 😊


Persembahan. Acapella katanya walaupun hakikatnya..kami hanya mengambil masa 5 minit sahaja berlatih, kemudian terus perform atas pentas. Hebat kan? 😅😅. Yang penting enjoy dan berani menyahut cabaran. Hehe


Bersama rakan seperjuangan Kak Zakiah


Layan jela yek


Group Jamilah Super Team yang happening✌️️


Last but not least, sampai tertidur tau pegang sijil penghargaan, menghayati tanda bersyukur 😄

Sekiranya tuan puan sedang mencari produk takaful untuk sendiri atau keluarga, sudilah kiranya membaca sedikit sebanyak kisah perkongsian saya di blog ini. Semoga bermanfaat & bertindak segera kerana takaful bukan seperti touch & go, bayar terus boleh guna. Takaful ada tempoh menunggu untuk sesuatu penyakit. 

Hubungi saya sekiranya tuan puan memerlukan khidmat nasihat berkenaan takaful.


Dinner Great Eastern Kuantan Branch

16:30 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

💜
Menunya.I loikee
Atucara majlis
Alhamdulillah, saya berjaya mendapat satu tiket untuk menghadiri dinner anjuran Great Eastern Kuantan.Syukur.

Jom layan menu-menu yang dihidangkan. Ada beberapa menu yang saya tidak sempat untuk mengambil gambar sebab tak sempat. Saya keluar dewan ambil gambar bersama geng agen-agen yang lain 

selpie
selpie lagi
dengan top agen Kuantan, Kak Jue
Dalam bilik hotel sebelum turun
Layan gambar jela ye.

Disebabkan stori ni dah lama dan saya sendiri pun dah kekeringan idea apa nak tulis lagi ni.

Oh ya, kami tidur di Zenith Hotel semalaman. Secara peribadi pada saya takdela best sangat berbanding dengan apa yang dibayar untuk 1 malam. Expect more sebenarnya. Baik korang duduk dekat MS Garden lagi berbaloi kot. Apepun pilihan di tangan masing-masing.

Seronok berada di bidang ini. Boleh berkenalan dengan orang baru, tolong orang mentakafulkan diri sendiri dan keluarga dan setiap pencapaian ada pengiktirafan. Kita rasa dihargai. 

i Great Ameen/Takaful Ibu Bapa Kini Kembali

18:58 Perunding Takaful Selangor 0 Comments






Assalam semua.

Kita masih dalam mood Syawal. Ape pun jom Kak Ila nak share promo terbaru untuk Takaful Ibu-Bapa.

Ada jugak kawan Kak Ila yang cakap " Aku macam tak sampai ati plak nak ambil untuk parents aku. Macam nak suruh diaorang pergi pulak"

Korang pun ada terfikir macam tu jugak ker?

Ok lemme explain antara sebab-sebab klien Kak Ila ambil Takaful iGreat Ameen 

Klien 1- Umur 63, anak bongsu baru tahun 1 di universiti. Klien ni ambil dan buat anak bongsunya sebagai penama*katanya jika dia meninggal sebelum anak dia habis belajar, ada juga saving untuk anaknya*

Klien 2- Ambil untuk ibunya. Hibahkan manfaat takaful pada 2 orang adiknya yang belum bekerja*At least ada sedikit simpanan kepada kedua-dua adiknya untuk survive jika ibu tiada nanti.

Kak Ila sendiri ambil untuk ayah dan letakkan 100% penama kepada adik bongsu Kak Ila yang masih belajar di universiti.

Klien 3 -umur 55 tahun,ambil dan hibahkan 100% kepada isteri sebab isterinya fulltime housewife. Sayang betul pada isterinya dan tak mahu isteri menyusahkan sesiapa jika dia tiada nanti. Atleast ada sesuatu yang beliau akan tinggalkan untuk isteri dan anak-anak.

Setiap orang ada tujuan dan sebab masing-masing.

Pandanglah dari sudut positif ya.

P/S Promo ni limited time only. Call or whatsapp Kak Ila untuk pencerahan lanjut.

Syawal 2016

21:12 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Assalamualaikum. Salam Syawal untuk semua! Tahun ni turn Raya di Pahang (sebelah saya).Yeaahhh.

So kami bergerak balik ke Temerloh petang Selasa sehari sebelum raya memandangkan suami masih bekerja. Dapatla jugak balik tengahari sebab kompeni suami bekerja bagi semua staff kerja halfday saja Selasa tu.Bergerak balik dalam pukul 3 petang camtu.

Jem?? Memang tak jem.Semuanya lancar je.


Sepupu-sepupu. Semua dah besar-besar belaka.

Pak sedara & sepupu

Wan & tetamu yang datang (cik Ros)

Aniq berkepit dengan de sebab nak naik motor 

Jom layan gambar raye je la yea . Raya pertama di kampung wan. Walaupun mak dah takde tapi Alhamdulillah wan masih ada. Ni semua family belah arwah mak dan sampai sekarang hubungan kami sangat rapat. Menumpang kasih dengan mereka .


Jom berjemaah g photoshoot

Pose # 1 siblings

Post # 2 siblings

Candid

Jadi pun ✌

My family photo tis year 

Balik beraya konon nak mik gambar ala-ala kampung & klasik. Jadi tercetusla la idea nak bergambar kat rumah wan yang satu lagi ni. Yang ni rumah kayu. Rumah ni memang nostalgia sangat. Masa kecik-kecik kami semua beraya di rumah ni.

Walapun rumah ni besar dan memanjang ke belakang, rumah ni hanya ada 2 bilik je. Satu bilik wan & arwah aki dan satu bilik lagi untuk tetamu. Biasanya bilik tu untuk family yang jauh macam family arwah PakAndak dari Kelantan. Kalau macam kami ni dekat, so mane-mane port pun boleh. Dulu masa zaman kanak-kanak suka amik port depan tv, pastu bila dah remaja tu macam segan sikitla. Pilih port tidur yang hujung-hujungla,macam jalan nak ke dapur tu macam ada corner sikit,so lepak situlah.haha

Semua tu kenangan.Malam raya dalam pukul 9 malam tu startla cop tilam, bantal dengan selimut pastu tarik kat port mana yang kita nak.hehe. Sekarang masing-masing dah besar. Saya sendiri pun dah ada family. Sekarang ni balik raya saya tidur di rumah arwah mak, pagi raya lepas solat Hari Raya baru kami adik-beradik balik ke kampung. So, suasana tido depan tv & sekitar ruang tamu tu macam dah takdelah sangat. Lagi pun wan dah berpindah ke rumah batu setingkat, tak perlu lagi turun naik tangga (sakit lutut adalah masalah utama untuk orang berumur). Lagipun rumah baru wan ada 4 bilik, kire okla sikit ramai sket yang boleh tidur dalam bilik.


Kubur arwah mak tersayang (kanan) , kubur arwah aki (kiri)

Rumah Idayu

Pagi raya ke 2 kami ke kubur. Di kampung ni raya ke 2 tiap-tiap tahun akan diadakan tahlil kubur. Memang penuhla di kuburan kalau raya ke 2. Menziarah 'rumah' mak, aki dan pak andak. InsyaAllah kami juga akan menyusul ke rumah ini nanti. Allahu.Rindu mak .

Balik dari tahlil kubur, lepak rumah wan ni. Hajatnya nak beraya rumah member yang sama kat MRSM dulu tapi call tak berangkat pulak. Sudahnya kami ke Temerloh, singgah ke kedai 2 ringgit, layan abang & adik nak beli lego katanya.

Lepas tu beraya ke rumah Ayu, schoolmate mase di TAHAP form 1-3.


Sori gambar ada masalah pencahayaan

Tahlil kecil-kecilan

Tahlil dipimpin oleh sepupu

Raya ke 3 pula kami adakan tahlil kecil-kecilan di rumah bersama kaum keluarga terdekat. Tahlil dipimpin oleh sepupu yang balik dari Mesir (Abang Ya). Alhamdulillah selesai juga tahlil kecil kami. Makanan pun ngam-ngam saja.


Ziarah kubur MIL 

Beraya rumah nenek belah suami

Raya ke 5

Raya ke 4 korang jangan tanya. Satu gambaq pun tarak. Kite jump terus raya ke 5. Pagi tu kami ke Cheras dahulu, menziarah kubur arwah ibu suami. Arwah MIL sangat baik orangnya dan pandai memasak. Sedap-sedap semuanya yang arwah masak. Arwahlah yang menjaga saya semasa berpantangkan abang & adik. Masakan pantang pun memang tip top arwah mak masak. Terima kasih mak .

Kemudian ke rumah nenek belah suami. Petang ke Ampang ziarah rumah bapa sedara belah suami juga.

Selesai sambutan Syawal tahun ini.

Ape pun bisnes takaful sentiasadibuka sepanjang tahun.For those yang sedang mencari takaful untuk pendidikan anak,kad perubatan, penggantian pendapatan (income replacement) boleh contact saya. Bertanya dulu, bukan apa kita akan terangkan bagi anda faham konsep takaful dan macammana takaful boleh membantu jika anda mencarum di sini.

Oklah takmo membebel panjang, so jika uols perlukan penerangan lanjut bole text or calling me.

Shahila
5th Syawal

Penting Ke Takaful Pendidikan?

15:48 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Assalamualaikum.


Tuan/puan pernah dengar tak pasal takaful pendidikan? Sebelum ni sis Ila dah ada buat sedikit pencerahan di entri yang sebelum ini di sini .


Takaful pendidikan memang berbeza dengan simpanan yang korang biasa simpan untuk anak-anak di bank atau amanah saham didik atau iSSPN tu.


Apa bezanya?


Yang paling utamanya ialah simpanan di takaful mempunyai PERLINDUNGAN. Simpanan biasa hanya ada simpanan+bonus tapi tiada perlindungan, FAHAM TAK setakat ini?

Bagus ke simpanan takaful ni? Bagus atau tak korang nilaikan sendiri nanti. So,meh sis terangkan satu persatu.

Pertama.

Dah namanya menyimpan pasti ada duit simpanan kan. Tapi yang yang kedua ni lebih utama.

Kedua

Ada perlindungan. So kat sinilah bahagian yang paling penting sis nak terangkan pada ibu-bapa kat luar sana. Apa first impression korang pasal takaful pendidikan?

Mesti korang rasa 'same je kan , dah namanya pun menyimpan'

Ada pulak tu langsung tak faham apa-apa. Takaful pun tak faham. Yang dia tahu payah! Susah nak klaim. Ooomai. Ape ni dahlah tak tau apa-apa bila orang nak terangkan tak nak dengar pulak tuh. So tugas sis dah lepas ye kat situ. Sebab sis nak sampaikan tapi diaorang tak nak.

Macamni. Sebab anak-anak korang kecil jadi diaorang belum ada pendapatan kan? Jadinya kita sebagai ibu-bapa adalah pencarum bagi sijil takaful anak-anak kita. Kitalah orang penting di sini. Kalau kita tak mampu mencarum maka lapsed la caruman takaful anak-anak kita nanti.

Andainya Allah takdirkan suatu masa kita yang mencarum ni sudah tidak berupaya bekerja, mungkin Allah uji dengan lumpuh atau sakit yang berat contohnya buah pinggang, sakit jantung jadi  kekuatan fizikal kita telah terbatas. Kita dah tak dapat lagi nak bekerja seperti sediakala. Silap haribulan kita dinasihatkan majikan berhenti kerja atau pencen awal kerana tidak mampu lagi menggalas tanggungjawab seperti yang diminta majikan.

So, apa kaitan dengan takaful pendidikan yang korang ambil. Jika situasi di atas berlaku maka sijil takaful anak-anak anda akan menjadi PERCUMA, maknanya korang tak perlu mencarum lagi. Syarikat akan mengambil alih carumkan untuk korang sehingga anak-anak berumur 25 tahun. Kalau simpanan biasa, tiada perkara ini. Jadi korang tak perlu risau, tak perlu mencarum plus ada simpanan anak-anak nanti bolehlah digunakan untuk diaorang sambung pelajaran suatu masa nanti. Sekurang-kurangya, kuranglah kerisauan di hati tu bila fikirkan tiada duit untuk anak sambung belajar. Jangan susah hati na, boleh gunakan duit simpanan di takaful.

Ada yang cakap pada sis. 'Itu kalau je, bukan betul-betul pun'

Ok betul, sekarang kita bercakap dalam situasi kalau, tapi kalau ni jadi betul-betul macammana? Ini adalah salah satu risiko, sesiapa pun boleh terjadi macam ni. So apa yang kita perlu buat untuk menguruskan RISIKO ini. YA, takaful adalah solusinya.

Selain dari simpanan dan perlindungan, tuan/puan boleh tambah di dalam takaful yang sama dengan rider medical card, penyakit kritikal dan juga elaun wad.

Jadi semuanya lengkap di dalam satu simpanan.

Rasanya cukup setakat ini, sis terangkan mengenai takaful pendidikan.

Kalau tuan/puan ada pertanyaan lanjut berkenaan takaful pendidikan atau ragu-ragu dengan takaful ni (ramai yang masih tanya halal ke tak ni) walaupun dah terang-terang kat situ takaful, boleh whatsapp sis Ila . InsyaAllah sis belum pernah makan orang ..huhu (gurau jela)

Salam Ramadhan semua!


Tips Pengurusan Harta Pusaka

22:17 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Apa itu faraid & hibah?

Faraid - pembahagian harta selepas kematian

Hibah -Pemberian harta secara rela sewaktu hidup.

Pembahagian harta pusaka selepas kematian akan melaui beberapa prosedur. Antaranya ialah :

-Mengisi borang untuk petisyen

-Menyiapkan dokumentasi harta yang ditinggal arwah seperti geran tanah,geran rumah,etc - memerlukan dokumen asal

-Menunggu tarikh untuk perbicaraan (dalam 1 hingga 2 bulan)

-Di hari perbicaraan, semua waris diminta mengangkat sumpah di hadapan majistret untuk berkata benar & soal jawab dimulakan dengan tuan majistret untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.Jika waris adalah adik-beradik biasanya majistret akan bertanya samada hendak dibahagi pusaka secara faraid atau samarata. Jadi disitu adik-beradik akan membuat keputusan. (Tetapi untuk tidak membazir waktu sebaiknya berbincang dan telah sepakat dengan jawapan sebelum perbicaraan)

Jika semua bersepakat & setuju dengan apa yang dibincangkan maka mudahlah urusan namun jika ada pihak mengemukakan bantahan, maka lebih panjangla kesnya. Mungkin kena hadir sesi lain pula. Selagi belum selesai maka semua pusaka milik si mati akan dibekukan. Jika ada waris yang sejenis individu sukar ()memang lambatlah kes selesai.

Ini semua dari pengalaman sendiri.Untuk kami Alhamdulilah semuanya selesai dengan cepat. Yang penting kena sepakat sesama waris 
-----------------------------------------------------------------
Jika tuan/puan ada harta tak kira sedikit atau banyak boleh terus hibahkan siap-siap kepada anak-anak supaya tiada pertikaian di belakang hari.

Namun zaman sekarang bukan semua orang mampu meninggalkan tanah,ladang untuk anak cucu. Jadi tuan boleh memulakan simpanan di takaful & terus hibahkan pampasan takaful kepada isteri & anak.

Untuk ibu berdikari hibahkan terus kepada anak-anak.InsyaAllah bila kita tiada sekurang-kurangnya apa yang kita tinggalkan boleh diguna untuk kehidupan mendatang mereka.

Ok,tidak dilupakan kepada adik-adik yang masih bujang tu, hibahkan takaful kepada ibu-bapa kita. Soal ajal maut semuanya rahsia Allah. Siapa pergi dulu kita tidak tahu.

Hibahkan takaful untuk yang tersayang!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

#SisTakaful

Shahila
Great Eastern Takaful Advisor
0104363234


   

Diari Ramadhaku 2016

10:18 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Diari Ramadhanku tahun ini.

Mendengar kuliah ustaz di radio semalam tentang Maghfirah. Ada 3 fasa di bulan Ramadhan. 10 malam pertama rahmat, 10 malam kedua maghfirah (keampunan) dan 10 malam terahir pembebasan api neraka.

Sungguh, dulu tak berapa kisah sangat pun. Bila bulan puasa, kita puasa. Roh Ramadhan ada tapi macam tiada . Tapi, bila semakin matang (masih tak sedar diri, taknak jugak guna word tua ) kena sedar diri kita bukan semakin muda, slo slo belajar memperbaiki diri.

Sekarang kita di fasa pertengahan, fasa keampunan.Ustaz kata mohonlah keampunan sebanyak-banyaknya. Ya,minta ampun boleh bila-bila masa pun tapi yang ini Allah khaskan masanya.Rebut peluang ini sebaiknya tambahan sekarang di bulan Ramadhan,ganjarannya MasyaAllah.

Maaf,sis bukan ustazah,ilmu pun sikit sangat. Tapi sebagai muslim sis pun nak merebut ganjaran pahala bulan Ramadhan menyebarkan kebaikan sesama muslim ✌. Sama-sama kita mempertingkatkan amalan dan didoakan  Ramadhan kami kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Ohya, walapunpun bulan Ramadhan sis Ila tetap aktif dengan takaful. Bulan Jun adalah bulan terakhir untuk quater 2. Hopefully ada harapan untuk grab
MSA award untuk quater ini. Tolong doakan yea ☺.

Lagi satu kalau uolls tengah survey takaful, ada polisi yang dah lama beli tapi taktau apa yang korang beli boleh kontek sis ya.

InsyaAllah sis bantu reviu polisi berkenaan. If dah lengkap semua, it's good then. Tapi kalau belum lengkap macammana? Sis akan consult & advise apa yang perlu. Anda hanya ambik yang perlu saja. Yang tak perlu toksahlah ambil kan. Yang pasti sis takkan paksa sebab tugas sis consult dah lepas,korang buatlah keputusan terbaik untuk diri dan keluarga.

Sebab?
Setiap simpanan ada tujuan tertentu. Macam takaful, unit trust, simpanan di bank semua ada objektif berbeza. So, jangan keliru. Kena tau apa tujuan sebenar kita ambil takaful ni. Lebih kepada PROTECTION.Takaful sekarang semua pun dah ada simpanan, jadi apa yang uolls simpan bukan HANGUS tau kecuali kalau ambil PA (Personal Accident) tu dalam 50-60 ringgit sebulan, biasanya memang hangus. PENTING ya tau ape yang korang ambil.

Blog ini memang agak santai sebab ini personal blog cum takaful blog.

Mula-mula tu ingat nak buat yang macam blog takaful je tapi rasa macam seriyes sangat konten dia. Erkkk, macam tak best pulak.

Akhirnya.

Sis ambil keputusan buat secara santai.

Lebih mudah & lebih mesra sahabat gitu.

Whatsapp me okey  di 010-4363234.

#ShahilaTakaful
#PlanPendidikan
#PlanMedicalCard
#PlanIncomeReplacement
#ReviuPolisi

Semua Pinjaman Allah

08:37 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Semuanya pinjaman Allah.

Sabtu minggu lepas saya naik bas ke Temerloh dulu sebelum gerak ke Kuantan.Duduk sebelah seorang kakak, Kak Z nak balik menjenguk rumahnya di Maran. Kami berbual rancak.Dia bercerita, ada membuat rumah di kampung supaya bila suami pencen boleh tinggal di kampung & menghabiskan masa bersama di sana.

Allah takdirkan suami Kak Z kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Meninggal di tempat kejadian.Yang sedihnya arwah meninggal sebulan sebelum pencen & 2 hari sebelum anaknya menikah. Sambil berbual Kak Z menekan matanya.Sedih.Opsss rasanya saya perlu menukar topik.Saya alihkan pulak pasal musim panas di Temerloh (legaa). Dari ceritanya Kak Zimah seorang surirumah & semasa arwah suami meninggal masih ada anak yang masih bersekolah.

Kami bersalaman & saya memberi beliau kad saya sebelum kami berpisah di destinasi masing-masing

Setiap orang ada ujian masing-masing.
Semuanya hanya #Pinjaman.

Shahila
Great Eastern Takaful Advisor
010-436 3234

#CopyPasteDariStatusFbSaya

Takaful Untuk Orang Bisnes

20:24 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Jom dinner 

Kisah tokey kedai terpaksa tutup sementara atau selamanya bisnes sebab sakit (strok, buah pinggang), kemalangan etc.

Ada yang jual kedai, rumah, kereta sebab nak cairkan aset segera untuk bayar kos rawatan dan selebihnya untuk menanggung perbelanjaan harian.

Anak tak dapat teruskan legasi bisnes keluarga sebab hutang yang ditinggalkan oleh arwah bapa terlalu banyak. Macammana next generation nak teruskan bisnes?

Macam cite drama plak? Walaupun nampak macam cerita drama melayu, tapi dari kisah 'real' la yang drama melayu ambil idea buat cerita ye dak?

#SisTakaful
#ShahilaSabarudin
#0104363234
#TakafulUntukOrangBisnes
#TakafulPagarPerniagaan
#SayangiBisnesAnda
#BisnesLegasiKeluarga
#SayangiKeluargaAnda
#PertahankanBisnesAnda

Holiday Inn Melaka

20:21 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Room kami di tingkat 8
Cuti sekolah.

Hmm. Nak pergi mana ya?

PD? Kata suami. Check punya check hotel yang pernah kami check in sebelum ni dah fully booked. Thristle PD memang terbaek.

Datangla idea Melaka sekali lagi. Tapi kali ni memang dah tetapkan dalam minda nak pegi Kota A Famosa.

Biasa kami booking melalui Booking.com, so dapat bilik 290++ menghadap laut, without breakfast. Tak taula nk kata laut ke ape camtu eh.

Tapi asben punya corporate rate ialah 270++, menghadap laut plus breakfast lagi. Huhu.

Banyak beza tuh!

Ini la bilik yang di kata menghadap laut tu. Tapi tula tengok laut yang tak menenangkan jiwa pom 😅

Bilik so far bersih cuma takde bath tab je

Bilik kosong je. Masing-masing ntah p mana. Selfie sket dengan anak bujang ni.

My brave boy 💪
Wefie sementara lepak-lepak
Tunggu diaorang main game
Tu semua muka-muka tengah menunggu..heh
Actually lepas check in, kami kuar p makan kat satu restoran ni. Katanya femes masuk JJCM tapi satu gmbo pun tak ambil.

Laparrrr.

Bila dah kenyang barula jalan-jalan ke Dataran Taming Sari.

Kampung Morten
Yang ni pulak time naik bot. Tak ambil gambar sangat sebab tetiba dalam bot tu rasa ngantuk je mata sebab bot slo kan tambah pulak dengan angin-angin sepoi bahasa gitu.

Abg Aqil ni memang brave boy la
Aniq pun test jugak dengan burung
Cousins
A Famosa
Esoknya, tercapai jugak nak masuk A Famosa setelah sekian tahun tak masuk. Last masuk form 3 kot? Hmmm.

Sebelum balik singgah MPO, ala yang macam JPO tu.

Last but not least singgah kolam air panas. Takde dalam plan pun. Nampak sign board singgah je. Dewasa RM 6 budak RM 3 tapi sebab kami ramai pakcik tu pukul rata ambil harga dewasa je.

Ok, done Melaka.

Nak buat karangan yang rengkas-rengkas je ni.

To those yang sedang survey-survey takaful boleh contact sis juga yea 