Penting Ke Takaful Pendidikan?

15:48 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Assalamualaikum.


Tuan/puan pernah dengar tak pasal takaful pendidikan? Sebelum ni sis Ila dah ada buat sedikit pencerahan di entri yang sebelum ini di sini .


Takaful pendidikan memang berbeza dengan simpanan yang korang biasa simpan untuk anak-anak di bank atau amanah saham didik atau iSSPN tu.


Apa bezanya?


Yang paling utamanya ialah simpanan di takaful mempunyai PERLINDUNGAN. Simpanan biasa hanya ada simpanan+bonus tapi tiada perlindungan, FAHAM TAK setakat ini?

Bagus ke simpanan takaful ni? Bagus atau tak korang nilaikan sendiri nanti. So,meh sis terangkan satu persatu.

Pertama.

Dah namanya menyimpan pasti ada duit simpanan kan. Tapi yang yang kedua ni lebih utama.

Kedua

Ada perlindungan. So kat sinilah bahagian yang paling penting sis nak terangkan pada ibu-bapa kat luar sana. Apa first impression korang pasal takaful pendidikan?

Mesti korang rasa 'same je kan , dah namanya pun menyimpan'

Ada pulak tu langsung tak faham apa-apa. Takaful pun tak faham. Yang dia tahu payah! Susah nak klaim. Ooomai. Ape ni dahlah tak tau apa-apa bila orang nak terangkan tak nak dengar pulak tuh. So tugas sis dah lepas ye kat situ. Sebab sis nak sampaikan tapi diaorang tak nak.

Macamni. Sebab anak-anak korang kecil jadi diaorang belum ada pendapatan kan? Jadinya kita sebagai ibu-bapa adalah pencarum bagi sijil takaful anak-anak kita. Kitalah orang penting di sini. Kalau kita tak mampu mencarum maka lapsed la caruman takaful anak-anak kita nanti.

Andainya Allah takdirkan suatu masa kita yang mencarum ni sudah tidak berupaya bekerja, mungkin Allah uji dengan lumpuh atau sakit yang berat contohnya buah pinggang, sakit jantung jadi  kekuatan fizikal kita telah terbatas. Kita dah tak dapat lagi nak bekerja seperti sediakala. Silap haribulan kita dinasihatkan majikan berhenti kerja atau pencen awal kerana tidak mampu lagi menggalas tanggungjawab seperti yang diminta majikan.

So, apa kaitan dengan takaful pendidikan yang korang ambil. Jika situasi di atas berlaku maka sijil takaful anak-anak anda akan menjadi PERCUMA, maknanya korang tak perlu mencarum lagi. Syarikat akan mengambil alih carumkan untuk korang sehingga anak-anak berumur 25 tahun. Kalau simpanan biasa, tiada perkara ini. Jadi korang tak perlu risau, tak perlu mencarum plus ada simpanan anak-anak nanti bolehlah digunakan untuk diaorang sambung pelajaran suatu masa nanti. Sekurang-kurangya, kuranglah kerisauan di hati tu bila fikirkan tiada duit untuk anak sambung belajar. Jangan susah hati na, boleh gunakan duit simpanan di takaful.

Ada yang cakap pada sis. 'Itu kalau je, bukan betul-betul pun'

Ok betul, sekarang kita bercakap dalam situasi kalau, tapi kalau ni jadi betul-betul macammana? Ini adalah salah satu risiko, sesiapa pun boleh terjadi macam ni. So apa yang kita perlu buat untuk menguruskan RISIKO ini. YA, takaful adalah solusinya.

Selain dari simpanan dan perlindungan, tuan/puan boleh tambah di dalam takaful yang sama dengan rider medical card, penyakit kritikal dan juga elaun wad.

Jadi semuanya lengkap di dalam satu simpanan.

Rasanya cukup setakat ini, sis terangkan mengenai takaful pendidikan.

Kalau tuan/puan ada pertanyaan lanjut berkenaan takaful pendidikan atau ragu-ragu dengan takaful ni (ramai yang masih tanya halal ke tak ni) walaupun dah terang-terang kat situ takaful, boleh whatsapp sis Ila . InsyaAllah sis belum pernah makan orang ..huhu (gurau jela)

Salam Ramadhan semua!