Syawal 2016
Assalamualaikum. Salam Syawal untuk semua! Tahun ni turn Raya di Pahang (sebelah saya).Yeaahhh.
So kami bergerak balik ke Temerloh petang Selasa sehari sebelum raya memandangkan suami masih bekerja. Dapatla jugak balik tengahari sebab kompeni suami bekerja bagi semua staff kerja halfday saja Selasa tu.Bergerak balik dalam pukul 3 petang camtu.
Jem?? Memang tak jem.Semuanya lancar je.

Jom layan gambar raye je la yea . Raya pertama di kampung wan. Walaupun mak dah takde tapi Alhamdulillah wan masih ada. Ni semua family belah arwah mak dan sampai sekarang hubungan kami sangat rapat. Menumpang kasih dengan mereka .

Balik beraya konon nak mik gambar ala-ala kampung & klasik. Jadi tercetusla la idea nak bergambar kat rumah wan yang satu lagi ni. Yang ni rumah kayu. Rumah ni memang nostalgia sangat. Masa kecik-kecik kami semua beraya di rumah ni.
Walapun rumah ni besar dan memanjang ke belakang, rumah ni hanya ada 2 bilik je. Satu bilik wan & arwah aki dan satu bilik lagi untuk tetamu. Biasanya bilik tu untuk family yang jauh macam family arwah PakAndak dari Kelantan. Kalau macam kami ni dekat, so mane-mane port pun boleh. Dulu masa zaman kanak-kanak suka amik port depan tv, pastu bila dah remaja tu macam segan sikitla. Pilih port tidur yang hujung-hujungla,macam jalan nak ke dapur tu macam ada corner sikit,so lepak situlah.haha
Semua tu kenangan.Malam raya dalam pukul 9 malam tu startla cop tilam, bantal dengan selimut pastu tarik kat port mana yang kita nak.hehe. Sekarang masing-masing dah besar. Saya sendiri pun dah ada family. Sekarang ni balik raya saya tidur di rumah arwah mak, pagi raya lepas solat Hari Raya baru kami adik-beradik balik ke kampung. So, suasana tido depan tv & sekitar ruang tamu tu macam dah takdelah sangat. Lagi pun wan dah berpindah ke rumah batu setingkat, tak perlu lagi turun naik tangga (sakit lutut adalah masalah utama untuk orang berumur). Lagipun rumah baru wan ada 4 bilik, kire okla sikit ramai sket yang boleh tidur dalam bilik.

Pagi raya ke 2 kami ke kubur. Di kampung ni raya ke 2 tiap-tiap tahun akan diadakan tahlil kubur. Memang penuhla di kuburan kalau raya ke 2. Menziarah 'rumah' mak, aki dan pak andak. InsyaAllah kami juga akan menyusul ke rumah ini nanti. Allahu.Rindu mak .
Balik dari tahlil kubur, lepak rumah wan ni. Hajatnya nak beraya rumah member yang sama kat MRSM dulu tapi call tak berangkat pulak. Sudahnya kami ke Temerloh, singgah ke kedai 2 ringgit, layan abang & adik nak beli lego katanya.
Lepas tu beraya ke rumah Ayu, schoolmate mase di TAHAP form 1-3.

Raya ke 3 pula kami adakan tahlil kecil-kecilan di rumah bersama kaum keluarga terdekat. Tahlil dipimpin oleh sepupu yang balik dari Mesir (Abang Ya). Alhamdulillah selesai juga tahlil kecil kami. Makanan pun ngam-ngam saja.
Raya ke 4 korang jangan tanya. Satu gambaq pun tarak. Kite jump terus raya ke 5. Pagi tu kami ke Cheras dahulu, menziarah kubur arwah ibu suami. Arwah MIL sangat baik orangnya dan pandai memasak. Sedap-sedap semuanya yang arwah masak. Arwahlah yang menjaga saya semasa berpantangkan abang & adik. Masakan pantang pun memang tip top arwah mak masak. Terima kasih mak .
Kemudian ke rumah nenek belah suami. Petang ke Ampang ziarah rumah bapa sedara belah suami juga.
Selesai sambutan Syawal tahun ini.
Ape pun bisnes takaful sentiasadibuka sepanjang tahun.For those yang sedang mencari takaful untuk pendidikan anak,kad perubatan, penggantian pendapatan (income replacement) boleh contact saya. Bertanya dulu, bukan apa kita akan terangkan bagi anda faham konsep takaful dan macammana takaful boleh membantu jika anda mencarum di sini.
Oklah takmo membebel panjang, so jika uols perlukan penerangan lanjut bole text or calling me.
Shahila
5th Syawal