Claim Medical card & Elaun wad

16:05 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

 Assalamualaikum semua. 

Hari ni saya nak update berkenaan claim client saya yang warded beberapa bulan lepas. Client mengalami sakit bawah abdomen yang amat sangat. Straight away dibawa ke Columbia Cheras. Kemasukan menggunakan GL dari Great Eastern Takaful.  Hasil dari diagnosis doktor menyatakan beliau ada cyst. 

 Client warded sehari sahaja kemudian akan menjalani pembedahan cyst  minggu berikutnya.



Bil  sehari mencecah hampir RM5000.00. Disebabkan client mengambil pelan yang tiada co-takaful maka beliau hanya perlu membayar jumlah itu sahaja. Pregnancy test & admin fee tak cover. Alhamdulillah dengan adanya medical card (medical card ni pun sudah 4 tahun lebih beliau mencarum dengan saya), dah melebihi tempoh 2 tahun contestible period. Kalau korang nak tau contestible period tu apa boleh tanye nanti ye.


Keluar wad dapat pula duit poket. Elaun wad ni sangat membantu sebab bila masuk hospital biasanya memang akan ada seseorang yang akan jadi penjaga bukan? So penjaga ni pun perlu makan, minum, duit minyak,tol dan duit parking untuk datang ke hospital. Elaun wad ni sebagai duit tambahan untuk back up perbelanjaan kecil yang orang tak kisah tapi sebenarnya kalau tambah-tambah banyak juga sebenarnya kos tersebut.

Lagi satu korang tahu tak, walaupun korang ada buat claim tak kisahlah berapa ribu pun, simpanan korang dalam takaful ni tetap tak usik. Orang kata sambil simpan, sambil kita dilindungi. Berlaku musibah, ada takaful yang membantu. Hari tua ada juga simpanan extra kita selain KWSP atau pencen.


Eh ada elaun wad RM 200 pulak. Ye, yang ini untuk kemasukan kali kedua selama 2 hari bagi menjalani pembedahan. Kali ni client gunakan GL syarikat tempat beliau bekerja cuma elaun wad je claim dengan Great Eastern Takaful. Boleh je macam tu. Let say korang tak nak ambil medical card, boleh ambil je ambil pelan yang ada elaun wad, minimum RM 50 sehari. Tak mahal pun, boleh request quotation kat SINI .At least ada juga claim duit poket kalau dimasukkan ke hospital. Masuk hospital di mana-mana tak kisah, kerajaan atau swasta.



Jadi sekian dulu sharing saya kali ini. Kita berjumpa di lain penulisan ye. Semoga bermanfaat untuk semua. Gais, kalau perlukan khidmat nasihat untuk takaful atau nak sertai menjadi sebahagian dari kami boleh hubungi saya okey!

Shahila
Fulltime Advisor