Tips Pengurusan Harta Pusaka

22:17 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Apa itu faraid & hibah?

Faraid - pembahagian harta selepas kematian

Hibah -Pemberian harta secara rela sewaktu hidup.

Pembahagian harta pusaka selepas kematian akan melaui beberapa prosedur. Antaranya ialah :

-Mengisi borang untuk petisyen

-Menyiapkan dokumentasi harta yang ditinggal arwah seperti geran tanah,geran rumah,etc - memerlukan dokumen asal

-Menunggu tarikh untuk perbicaraan (dalam 1 hingga 2 bulan)

-Di hari perbicaraan, semua waris diminta mengangkat sumpah di hadapan majistret untuk berkata benar & soal jawab dimulakan dengan tuan majistret untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.Jika waris adalah adik-beradik biasanya majistret akan bertanya samada hendak dibahagi pusaka secara faraid atau samarata. Jadi disitu adik-beradik akan membuat keputusan. (Tetapi untuk tidak membazir waktu sebaiknya berbincang dan telah sepakat dengan jawapan sebelum perbicaraan)

Jika semua bersepakat & setuju dengan apa yang dibincangkan maka mudahlah urusan namun jika ada pihak mengemukakan bantahan, maka lebih panjangla kesnya. Mungkin kena hadir sesi lain pula. Selagi belum selesai maka semua pusaka milik si mati akan dibekukan. Jika ada waris yang sejenis individu sukar ()memang lambatlah kes selesai.

Ini semua dari pengalaman sendiri.Untuk kami Alhamdulilah semuanya selesai dengan cepat. Yang penting kena sepakat sesama waris 
-----------------------------------------------------------------
Jika tuan/puan ada harta tak kira sedikit atau banyak boleh terus hibahkan siap-siap kepada anak-anak supaya tiada pertikaian di belakang hari.

Namun zaman sekarang bukan semua orang mampu meninggalkan tanah,ladang untuk anak cucu. Jadi tuan boleh memulakan simpanan di takaful & terus hibahkan pampasan takaful kepada isteri & anak.

Untuk ibu berdikari hibahkan terus kepada anak-anak.InsyaAllah bila kita tiada sekurang-kurangnya apa yang kita tinggalkan boleh diguna untuk kehidupan mendatang mereka.

Ok,tidak dilupakan kepada adik-adik yang masih bujang tu, hibahkan takaful kepada ibu-bapa kita. Soal ajal maut semuanya rahsia Allah. Siapa pergi dulu kita tidak tahu.

Hibahkan takaful untuk yang tersayang!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

#SisTakaful

Shahila
Great Eastern Takaful Advisor
0104363234