Medical card company VS Medical card personal

20:13 Unknown 1 Comments

Ayat klise :)

Sekarang sekeluarga pakai takaful apa?

Ada dah ni. Kitaorang satu family company yang cover.


Ini soalan yang biasa saya akan tanya pada kawan-kawan terdekat.

Sebab untuk stage umur macam kami, kebiasaanya sudah bekerluarga dan kerjaya lebih stabil.


Dulu pun saya kurang kisah sangat perkara ni sebab kami sekeluarga memang unlimited covered oleh syarikat suami bekerja . Sakit, warded semua rujuk saja dengan hospital swasta. Layanan nurse & doktor of courselah tip top.

Sekarang barulah terbuka minda KENAPA kami sekeluarga WAJIB ada medical card personal.

Saya akan kongsikan sedikit di sini;

1. First of all medical card company sah-sah bukan kita yang  punya. Apa-apa jadi pada kita in future (company memang tengah nak buang orang dan nama kita pulak yang naik atau terlantar lama di katil akibat sakit ) so, memang company tak agak-agak untuk tolak kita keluar dari situ. Day 1 start saja kita ditolak keluar memang automatically kita sekeluarga dah tiada sebarang perlindungan. Kita akan kata tak mungkin, sebab company aku  besar bla bla tapi apa perancangan kita? Kata orang tua-tua beringat-ingat!

Sebut pasal sakit saya ada terbaca di blog seseorang (maaf tak ingat blog apa), tentang seorang kakak ni telefon dia bagitau nak ambil takaful. Dia kata dia sanggup bayar (satu amaun agak banyak tapi tak ingat berapa). Bila selidik punya selidik rupanya dia nak ambil untuk suaminya sakit leukimia. Katanya dulu suaminya seorang engineer dan mereka sekeluarga dicover oleh medical card company. Lepas tu bila doktor dah sahkan dia sakit,  dia macam tak dapat nak sesuaikan diri dengan sakit tu,jadi dia ambil banyak cuti. Lama-lama company nasihatkan dia berhenti kerja. Sejak itu dia dah tak ada apa-apa perlindungan lagi. Setiap bulan beribu-ribu ringgit si isteri terpaksa habisakan untuk rawatan si suami. Makanya abislah segala simpanan terpaksa digunakan untuk itu.

Lagi satu, sebelum ni saya tak concern sangat pasal penyakit buah pinggang hinggalah  2 atau 3 hari lepas kawan (agent juga) ada tunjukkan satu video temuramah seorang makcik pengidap sakit buah pinggang kronik. Makcik ni kata sekali cuci buah pinggang RM 220 dan mesti buat 3 kali seminggu.

Fuhh. RM 220 ! SEBULAN habis RM 2,640.00 untuk mencuci sahaja. Belum lagi yang lain macam ubat-ubatan dan duit belanja dapur harian.

Duit pencen pun tidaklah seberapa tapi mujur beliau beringat dan mencarum dalam insuran masa muda dulu.

.
.
.
.
.
.
.

SETAHUN? RM 31,680.00 

Banyak giler! Mungkin dalam beberapa tahun duit simpanan beliau yang bertahun-tahun tu boleh habis untuk bayar bil perubatan sahaja jika tiada insurans.

So makcik ni bijak dan dia telah dapat berjaya MENGURANGKAN KEBOCORAN KEWANGAN beliau.


pic courtesy www.google.com

pic courtesy www.google.com

Korang boleh layari http://www.nkf.org.my/ untuk info lanjut mengenai penyakit buah pinggang.

Dua cerita yang saya kongsikan ini bukan cerita kat luar negara atau cerita kat negara Pasir Berdengung tau. Ini kisah yang terjadi kat Malaysia.  

Dan ia mungkin terjadi kepada sesiapa pun.

2. Katakan kita pekerja paling setia, kita nak bekerja dengan company X sampai pencen. Masih medical card bukan hak kita pun. Dah pencen kita mesti pulangkan medical card kepada company. Lepas tu baru nak apply medical card sebab tak biasa nak buat rawatan kat hospital kerajaan katanya. Agak-agak berapa ribu kita sanggup nak mencarum kat usia emas tu? 8 ribu ok tak?
Tapi masa tu kalau masih sihatlah. Kalau dah sakit tiada company takaful yang sanggup nak ambil walaupun kita boleh bayar 10 ribu sebulan.


pic courtesy www.google.com

3. Peniaga offline/peniaga online/peniaga pasar malam/peniaga pasar tani/pengusaha restoran anda WAJIB ada medical card sebab jatuh bangun perniagaan bergantung pada anda. Sekarang masih sihat, masih muda, caruman masih murah mesti pagar diri. Bila sudah tak sihat macammana mahu bekerja. Di sinilah peranan takaful. Dengan manfaat yang banyak (3 dalam 1 iaitu simpanan, pelindungan dan medical card) ia benar-benar membantu para peniaga. Usah bazirkan puluhan ribu ringgit hasil penat lelah anda berniaga untuk rawatan perubatan. Ada manfaat takaful yang boleh digunakan MEMBANTU ANDA & PERNIAGAAN ANDA. Salah satunya ialah elaun berehat di wad sebagai pengganti pendapatan harian anda sekiranya berada di hospital.

Di dalam medical card juga ada satu manfaat yang menerangkan rawatan dialisis penyakit buah pinggang pesakit luar & rawatan kanser pesakit luar.

Saya tak dapat nak menerangkan segala-galanya dalam blog ni.

Bagaimanapun, kita boleh set appoinment dan saya akan terangkan satu persatu apa yang medical card BOLEH MEMBANTU anda sekeluarga.

Dulu saya pun takut nak jumpa dengan perunding takaful sebab mesti suruh kita join takaful.Sekarang saya sedar tugas kami ialah GST;

G - GIGIH
S - SEBAR
T - TAKAFUL

Kaum lain lebih banyak pendedahan tentang apa insuran boleh bantu mereka sebab itu mereka tak ragu-ragu nak mencarum dalam jumlah yang besar. 

Agent-agent di kalangan mereka sendiri gigih menyebarkan ilmu insuran & bagaimana insurans boleh mengelakkan kebocoran wang simpanan mereka.

Ramai antara kita yang sangat takut di 'approach' oleh  perunding takaful. Berikankan sedikit ruang untuk diri sendiri faham akan manfaat takaful 3 dalam 1 (simpanan, perlindungan dan medical card) 

Selepas itu keputusan di tangan anda, takda paksaan pun.

Mungkin isu kekangan kewangan adalah salah satu sebabnya di tambah pula dengan keadaan ekonomi negara masakini.

Namun bagaimana ? Adakah 5 atau 10 tahun akan datang kita masih mampu seperti sekarang?

Apa perancangan kita mengurangkan RISIKO KEBOCORAN WANG YANG LEBIH BANYAK di masa hadapan?


pelan PAGAR DIRI & PASANGAN!
Shahila Sabarudin
010-436 3234
shahilasabarudin@gmail.com