Permohonan Medical Card
Assalam semua.
Baru balik short gateway ke PD. Kami pergi 2 malam. Satu malam di Thistle dan satu malam lagi di Grand Lexis. Thistle kami booking melalui booking dot com. Check in Sabtu, checkout Ahad. Kemudian check in Grand Lexis, Isnin checkout. Ada beberapa gambar yang saya share di instagram . Overall Thistle tetap di hati.hehe
Oklah balik dari bercuti, malamnya saya ada appointment di Old Town White Coffe Bangsar South dengan prospek iaitu seorang bank officer yang berminat untuk mengetahui tentang medical card. Seorang lelaki berumur 37 tahun. Beliau merupakan rakan satu opis kepada klien saya juga. Kira macam referal lah.
Saya menerangkan tentang medical card, terdapat 4 jenis iaitu :
1) i-Medik - ada co takaful
2) i-Medik Xtra-tiada co-takaful
3) i-Medik Plus- medical card kalis inflasi
4) i-Medik Xtender- kenaikan 10X GANDA limit tahunan
Beliau bersetuju untuk mengambil i-Medik room & board 200. Terdapat 5 jenis room and board, boleh rujuk di sini. Beliau juga mengambil pampasan untuk penyakit kritikal peringkat awal, peringkat lanjutan, kemalangan serta elaun wad dengan hanya RM 230 sebulan sahaja.
Sebenarnya lagi muda usia kita membuat permohonan takaful, lagi murah carumannya. Dengan room & board 200, beliau telah dilindungi oleh medical card sebanyak RM 120 ribu setahun..Banyak jugak dah tu woihh. Kalau rasa bimbang, tambahlah dengan i-Medik Xtender, automatik limit tahunan terus menjadi 1.2 juta (sebab naik 10X ganda kan).
Kau orang kena faham ya saya bukan menjual. I'm takaful advisor. Tugas saya ialah memberi penerangan serta consult supaya anda mendapat pelan terbaik yang suit dengan bajet anda.
Kalau bajet camry, dapatlah selesa camry. Kalau bajet kancil dapat selesa kancil. Bukan nak perkecilkan kancil ke ape, tapi ikut keselesaan masing-masing. Jika rasa 200 ringgit sebulan agak berat dengan komitmen anda ambillah pelan 100 sebulan dahulu, Yang PENTING anda dilindungi.
Bila diuji musibah saya akan bantu anda untuk membuat claim kepada Great Eastern Takaful. Jika anda sebagai ketua keluarga meninggal dunia saya akan menguruskan hibah yang ditinggalkan untuk keluarga anda.
Yang perlu sekarang adalah kesedaran anda untuk dilindungi oleh Takaful.
Your trusted takaful advisor
Ila
p/s Takaful Ameen akan berakhir 31 Disember 2016. Cepat-cepat mohon ya
p/s Boleh follow saya di facebook untuk info berkenaan takaful