Prospecting di PPUM
Assalam semua.
Kebelakangan ini saya kerap juga ke PPUM untuk prospecting new customer di sana.
Yup, saya akui saya bukanlah sejenis yang sangat ramah untuk hai di sana dan di sini. Namun tugas sebagai takaful konsultan telah membawa saya ke satu tahap yang baru. Saya harus berkongsi manfaat takaful dengan lebih ramai orang di sekeliling saya. Saya perlu buka mulut dan bertanya beberapa soalan ringkas untuk mendapat feedback sejauh mana pemahaman mereka berkenaan TAKAFUL.
Adatlah, bercakap dengan stranger kau orang pun pasti ada sedikit skeptikal jika saya datang tiba-tiba ke arah anda. Tak mengapa, saya hanya berikan bisnes kad saya, mungkin satu hari mereka akan menghubungi saya.
Saya berjumpa beberapa orang yang agak positif dengan TAKAFUL. Mereka adalah dikalangan yang sudah ada takaful dan mereka ingin tahu pula tentang produk Great Eastern Takaful serta faedahnya.
Berbanding dengan mereka yang belum ada (hanya agakan saya sahaja) terlalu takut, sampaikan kad/flyer yang saya berikan langsung mereka tidak mahu ambil. Saya katakan pada mereka 'Ambil je, mana tau suatu hari mungkin puan/encik perlukan saya'. Barulah mereka ambil. Takut sangat mereka dengan agen takaful rupanya :)
Saya masih lagi berulang alik ke sana untuk prospecting. Oklah, kalau ada staff PPUM yang membaca posting ini kau orang boleh contact saya sekiranya perlukan khidmat nasihat untuk semak polisi atau nak tahu berkenaan pelan yang best-best dari Great Eastern Takaful. Sudah 108 tahun di pasaran, so jangan ragu-ragu dengan kami. Kalau company ni tak strong dan tak bagus, dah lama company ni hilang dari industri atau dibeli oleh syarikat-syarikat lain seperti yang terjadi kepada beberapa syarikat takaful lain.
Your trusted takaful consultant
Ila 010-436 3234