Semua Pinjaman Allah

08:37 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Semuanya pinjaman Allah.

Sabtu minggu lepas saya naik bas ke Temerloh dulu sebelum gerak ke Kuantan.Duduk sebelah seorang kakak, Kak Z nak balik menjenguk rumahnya di Maran. Kami berbual rancak.Dia bercerita, ada membuat rumah di kampung supaya bila suami pencen boleh tinggal di kampung & menghabiskan masa bersama di sana.

Allah takdirkan suami Kak Z kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Meninggal di tempat kejadian.Yang sedihnya arwah meninggal sebulan sebelum pencen & 2 hari sebelum anaknya menikah. Sambil berbual Kak Z menekan matanya.Sedih.Opsss rasanya saya perlu menukar topik.Saya alihkan pulak pasal musim panas di Temerloh (legaa). Dari ceritanya Kak Zimah seorang surirumah & semasa arwah suami meninggal masih ada anak yang masih bersekolah.

Kami bersalaman & saya memberi beliau kad saya sebelum kami berpisah di destinasi masing-masing

Setiap orang ada ujian masing-masing.
Semuanya hanya #Pinjaman.

Shahila
Great Eastern Takaful Advisor
010-436 3234

#CopyPasteDariStatusFbSaya