i-Saraan KWSP

17:15 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

{ i-Saraan - Kerajaan bagi insentif 15% caruman percuma}

Apa benda tu?

Ia adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja sendri atau tidak pendapatan tetap mencarum secara sukarela dalam KWSP.

Tak kisahlah berniaga apa-apa pasar malam, jual nasi lemak depan rumah, agen/stokis produk, agen Coway, Cuckoo,Shaklee, bawa Grab ke semua boleh apply skim ni.

Apa yang menarik tak kisah berapa ringgit pun kita nak carum, ikut kemampuan. Kerajaan akan tambah 15% dari caruman kita atau maksimum hingga RM250 setahun. Kalau congak-congak kena carum lebih kurang RM1667 setahun untuk dapat maksimum RM250.

Alaaa RM 250 je? Benda kerajaan nak bagi percuma buat apa tolak. Bila ada tawaran yang baik terus grab saja. KWSP pun ada dividen tahunan. Macam tahun lepas shariah fund dapat 5.9% dividen.

Ni pun sebagai force saving juga sebab KWSP bukan suka-suka boleh keluar duit macam tu saja kan. Contoh simpan RM 50 sebulan (tanpa masukkan 15% insentif kerajaan), selepas 20 tahun adalah dalam RM 22K++ simpanan hari tua kita (berdasarkan dividen 5.9%).

Pegawai KWSP minta war-warkan pada kawan-kawan. Katanya selain simpanan, KWSP juga bagi khairat kematian sebanyak RM 2500 pada waris. Ohh satu lagi, nak daftar i-Saraan ni kena pergi kaunter ya, tak boleh buat melalui online guna i-Akaun.

Shahila
Better late than never. Baru daftar minggu lepas 😌





Contest Let’s Iftar With CEO

22:32 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Salam semua. Dah berzaman contest bulan puasa ni. Tapi takpe, nak share jugak sebab qualifier kan. haha. Contest kecik pun takpe janji capai. Barulah orang percaya budak ni serius bukan buat suka-suka. FOKUS!

Nampak akak kat mana? Senang je nak cam kan sebab muka tak make up sangat. Pergi mana-mana itula mukanya. Bukan apa, takut kalau jumpa prospek, prospek cakap awat dalam gambar lain? Kalau ke arah yang cun takpa, tapi biasa orang terkejut sebab muka sebenar krik krik krik kan.

Inilah CEO kami. Untuk central region buat kat VE Hotel & Residence Bangsar South. Yaaa tempat yang paling jem tula. Sapa orang Bangsar South sure taulah kat mana ni.

Ini masa nak balik, posing kejap dengan takaful buddy aka geng satu agensi. Diaoranglah yang banyak membantu.

Oklah sekian cerita untuk ini. Janji qualify. Fight tetap fight.

Untuk yang nak dapatkan info berkenaan penulisan sis, kadang ada cerita medical card, ada hibah dan ada pasal perlindungan gaji. Yang benar serius nak tahu boleh whatsapp ke https://HelloShahila.wasap.my


Shahila
Si peminat purple colour eh!
KL/SEL/N9/PHG





Servicing client

17:24 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalam semua.

Hari ini ada sedikit masa so sis update lah sikit info yang ada. Sebenarnya baru balik dari HQ di Jalan Ampang buat servicing client.

Alhamdulilah sejak bergelar agent banyak jugalah sis buat banyak claim untuk client. Setakat ini yang belum pernah lagi ialah claim kematian dan penyakit kritikal. Untuk kemalangan, kemasukan wad guna medical card, claim elaun harian wad semua dah pernah buat.

Jadi pilihlah yang betul ya.Tak kisahlah dari company mana pun janji anda dilindungi dan ada agen yang menjaga ataupun kita panggil servicing agent untuk semua sijil takaful keluarga anda. Kenapa? Sebab agen inilah yang akan menjaga akaun kita hingga akhirnya. Tapi kalau agen kita dah 'syahid' di pertengahan jalan, kan agak payah di situ.

Meh kita tengok sikit belakang tabir tugas servicing agent, ni, selain membantu client buat claim.

Nilah antaranya..kalau permohonan baru perlukan medical chcek up atau extra info agent akan bantu client untuk mempermudahkan lagi urusan,  update alamat ke no phone ataupun client nak buat penolakan bank kita bantu client form apa nak isi semua. Kalau korang ambil dengan bank korang kena g bank bila nak buat apa-apa atau buat claim. So terpulang lah ikut citarasa masing-masing, melalui agen atau direct ke bank

Bantu bayarkan payment client di HQ. Sekarang guna M2U atau Jompay pun boleh tapi masih ada yang membayar secara tradisional. so, lepas bayar kita bagi resit. Simplekan, no tipu-tipu okeh.

Oklah lah sampai dulu, nanti kita sambung k.



Shahila
Agent Sepenuh Masa


Claim kemalangan

22:47 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Tiada apa yang menggembirakan hati seorang perunding selain client yang kami servis lulus claim. Sebab? Tujuan kami perunding bersusah payah meyakinkan client supaya membuat perlindungan dan gunakan takaful sewaktu musibah, tup tup claim tak dapat.

Agak-agak apa ya perasaan client.

Oklah claim kali ini adik sis sendiri mengalami kemalangan kecil di trafic light. Alhamdulillah kereta je masuk bengkel, tuannya sebagai pesakit luar.

Untuk kemalangan, pesakit luar pun boleh claim ya.

Kat sini sis tunjukkan bukti bayaran yang dimasukkan terus ke dalam akaun beliau



Maaf kalau gambar macam blur maklumlah yang ni screenshot aje.  Yang penting korang nampak kan paid dalam tu. Maksudnya claim sudah lulus & dibayar

Korang kena faham ya yang kemalangan memang tak diduga. Macam adik sis tetiba jer call petang tu cakap dia accident, berderau jantung. Lepas dia cakap takde pape cuma sakit dada sis terus advice pergi klinik berdekatan. Bil claim dengan takaful.

Siapa yang belum ada apa-apa perlindungan better korang pertimbangkan. Ya, simpan duit bagus cuma kalau simpan duit jer tapi foundation (tapak kewangan ) takde, berlaku musibah korang kena keluarkan balik duit dalam bank, ASB dan Tabung Haji tu. Betul tak?  Baik korang ambil half simpan kat sini. Apa-apa berlaku biar takaful yang bantu. Duit simpanan tak perlu guna.

Sekali lagi sis nak inform kalau perlukan quotation atau nak tanya berkaitan kewangan especially takaful boleh call atau WhatsApp nombor kat atas  ya. InsyaAllah sis cuba bantu advise apa yang perlu mengikut keperluan dan bajet.

Shahila
Perunding Sepenuh Masa

Head Start 2019

17:12 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Salam semua 

Alhamdulillah sis menjadi qualifier dan berpeluang menghadiri Head Start 2019, tema rock tahun ni walaupun jiwa tak berapa nak rock. Sis suka lagu yang tenang-tenang je haha

 

Ada Dato Hattan, Ruffedge dan juga Bunkface. So boleh dikatakan complete la kot untuk semua generasi. Head Start 2019 sebagai pembuka tahun baru untuk semua perunding. Trip tahun ini ke Hanoi. Doakan sis berjaya ya. Kena usaha lebih kuat lagi. So, siapa nak dapatkan konsultasi sis bagi percuma ja tau. Boleh call atau WhatsApp bebila tapi prefer siang lah. Malam biasanya kita spend masa bersama keluarga, tak gitu. Kata nak work life balance kannn.      
                              
Jom kita tengok gambar-gambar pada hari itu

Bersama Farhana & Kak Da my buddy dalam takaful

Suasana dalam big hall . Di ig story ada sis letak time dioarang 
tengah persembahan. Boleh klik sini dan cari highlight ig story HS 2019

Bersama salah seorang partner takaful sis Kak Zakiah


Qualifier dalam team kami. Semoga terus istiqamah semua

Bagi chance la posing sorang pulak 

Again with my gals


Oklah setakat ini dahulu, untuk sesiapa yang memerlukan konsultasi berkaitan kewangan boleh call atau WhatsApp sis ok. Kita cuba bantu apa yang perlu, mungkin mula dengan life takaful dan tabung khairat sakit dulu ke. Yelah tujuan kita bekerja sebab nak cari rezeki. Bila dapat gaji kita akan guna untuk bayar komitmen bulanan. Bayangkan kalau tak sihat macammana nak kerja dan bayar monthly komitmen tu. Haa, sinilah pentingnya membuat perancangan kewangan. Boleh fikir-fikir kan. 

Yang sudah berkahwin lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Cuba lihat muka mulus anak-anak kita 
masa tengah tidur. Tak sanggup rasanya nak lihat diaorang susah. Kita susah takpa. Diaorang kecik lagi. Ni sis punya perasaanla, orang lain mungkin berbeza sis tak tahu. 

Semoga Februari yang lebih baik. 

Amin

Shahila
Perunding Sepenuh Masa

2019

02:12 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 2019 masih lagi diberi peluang bernafas dibumi Allah dan menggalas tanggungjawab menyebarkan ilmu perancangan kewangan . Tak kira siapa kita peniaga atau makan gaji setiap orang perlu merancang. Bukan sahaja sewaktu hidup malah selepas ketiadaan kita. Takkan nak tinggal hutang-hutang kita begitu saja. Jangan kerana hutang syurga terhalang. Make sure clear semua. Jangan pula harap kepada ahli keluarga kita nanti, kalau mereka terlupa atau tidak tahu padahal kita di bawah dah ni. Pernah tak sekali terdetik camni. So, kena ambil tahu berapa hutang dan kemudian baru buat debt cancellation. 




Tamat sudah bulan pertama, bulan ini dapat bantu 5 orang lagi mendaftar kad perubatan. Bulan lepas
 pihak syarikat telah memberitahu akan menutup plan kad perubatan stand alone aka medical card mampu milik. Itu yang ramai ambil peluang mendaftar sebelum tarikh tamat. 


    Contoh resit bayaran







 Selepas ini kad perubatan masih ada cuma harga lebih tinggi kerana ada life,protection & saving 
sekali. Oh,ya berbalik kepada kad perubatan kita boleh pergi kemana-mana hospital swasta panel kami Great Eastern Takaful. Salah satunya ialah Prince Court Medical Centre atau PCMC.

Minggu lepas wakil PCMC telah datang ke nite meeting kami untuk berkongsi berkenaan PCMC. Banyak juga award yang PCMC telah menangi,tahniah. Kata beliau di PCMC kalau tak silap saya ada 245 katil dan kesemuanya adalah single bedded. Guess how much single bedded kat PCMC? Walk in harga adalah RM280 semalam tetapi untuk medical card holder hanya RM180 semalam. Woooo murah sangat ni, ada beberapa bilik yang dapat view KLCC..Syok betul..Orang kata masa tak sihat ni nakla jugak view kan.


Lepas ni mungkin salah satu alternatif korang boleh try ke PCMC. Saya tak pernah ke sana hehe, tapi kalau nak tau Pantai Hospital KL boleh tanya saya.  Situ banyak kedai PappaRich pun ada, MBG, kedai buku ,florist eh banyaklah . 

Okla untuk yang berhajat nak quotation boleh call atau whatsApp no di atas ya. Kita cuba fix ikut keperluan dan bajet yang ada. Lepas dapat quotation barulah decide nak ambil atau cancel. Tiada paksaan, kalau jumpa plan lain yang lebih baik go for it sebab semua syarikat takaful di bawah kawalan Bank Negara & PIDM. Yang penting setiap seorang ada perlindungan. Jangan masuk skim merepek dahlah .

Shahila
Perunding Sepenuh Masa