2019

02:12 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 2019 masih lagi diberi peluang bernafas dibumi Allah dan menggalas tanggungjawab menyebarkan ilmu perancangan kewangan . Tak kira siapa kita peniaga atau makan gaji setiap orang perlu merancang. Bukan sahaja sewaktu hidup malah selepas ketiadaan kita. Takkan nak tinggal hutang-hutang kita begitu saja. Jangan kerana hutang syurga terhalang. Make sure clear semua. Jangan pula harap kepada ahli keluarga kita nanti, kalau mereka terlupa atau tidak tahu padahal kita di bawah dah ni. Pernah tak sekali terdetik camni. So, kena ambil tahu berapa hutang dan kemudian baru buat debt cancellation. 




Tamat sudah bulan pertama, bulan ini dapat bantu 5 orang lagi mendaftar kad perubatan. Bulan lepas
 pihak syarikat telah memberitahu akan menutup plan kad perubatan stand alone aka medical card mampu milik. Itu yang ramai ambil peluang mendaftar sebelum tarikh tamat. 


    Contoh resit bayaran







 Selepas ini kad perubatan masih ada cuma harga lebih tinggi kerana ada life,protection & saving 
sekali. Oh,ya berbalik kepada kad perubatan kita boleh pergi kemana-mana hospital swasta panel kami Great Eastern Takaful. Salah satunya ialah Prince Court Medical Centre atau PCMC.

Minggu lepas wakil PCMC telah datang ke nite meeting kami untuk berkongsi berkenaan PCMC. Banyak juga award yang PCMC telah menangi,tahniah. Kata beliau di PCMC kalau tak silap saya ada 245 katil dan kesemuanya adalah single bedded. Guess how much single bedded kat PCMC? Walk in harga adalah RM280 semalam tetapi untuk medical card holder hanya RM180 semalam. Woooo murah sangat ni, ada beberapa bilik yang dapat view KLCC..Syok betul..Orang kata masa tak sihat ni nakla jugak view kan.


Lepas ni mungkin salah satu alternatif korang boleh try ke PCMC. Saya tak pernah ke sana hehe, tapi kalau nak tau Pantai Hospital KL boleh tanya saya.  Situ banyak kedai PappaRich pun ada, MBG, kedai buku ,florist eh banyaklah . 

Okla untuk yang berhajat nak quotation boleh call atau whatsApp no di atas ya. Kita cuba fix ikut keperluan dan bajet yang ada. Lepas dapat quotation barulah decide nak ambil atau cancel. Tiada paksaan, kalau jumpa plan lain yang lebih baik go for it sebab semua syarikat takaful di bawah kawalan Bank Negara & PIDM. Yang penting setiap seorang ada perlindungan. Jangan masuk skim merepek dahlah .

Shahila
Perunding Sepenuh Masa