i-Saraan KWSP

17:15 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

{ i-Saraan - Kerajaan bagi insentif 15% caruman percuma}

Apa benda tu?

Ia adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja sendri atau tidak pendapatan tetap mencarum secara sukarela dalam KWSP.

Tak kisahlah berniaga apa-apa pasar malam, jual nasi lemak depan rumah, agen/stokis produk, agen Coway, Cuckoo,Shaklee, bawa Grab ke semua boleh apply skim ni.

Apa yang menarik tak kisah berapa ringgit pun kita nak carum, ikut kemampuan. Kerajaan akan tambah 15% dari caruman kita atau maksimum hingga RM250 setahun. Kalau congak-congak kena carum lebih kurang RM1667 setahun untuk dapat maksimum RM250.

Alaaa RM 250 je? Benda kerajaan nak bagi percuma buat apa tolak. Bila ada tawaran yang baik terus grab saja. KWSP pun ada dividen tahunan. Macam tahun lepas shariah fund dapat 5.9% dividen.

Ni pun sebagai force saving juga sebab KWSP bukan suka-suka boleh keluar duit macam tu saja kan. Contoh simpan RM 50 sebulan (tanpa masukkan 15% insentif kerajaan), selepas 20 tahun adalah dalam RM 22K++ simpanan hari tua kita (berdasarkan dividen 5.9%).

Pegawai KWSP minta war-warkan pada kawan-kawan. Katanya selain simpanan, KWSP juga bagi khairat kematian sebanyak RM 2500 pada waris. Ohh satu lagi, nak daftar i-Saraan ni kena pergi kaunter ya, tak boleh buat melalui online guna i-Akaun.

Shahila
Better late than never. Baru daftar minggu lepas 😌