Servicing client

17:24 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalam semua.

Hari ini ada sedikit masa so sis update lah sikit info yang ada. Sebenarnya baru balik dari HQ di Jalan Ampang buat servicing client.

Alhamdulilah sejak bergelar agent banyak jugalah sis buat banyak claim untuk client. Setakat ini yang belum pernah lagi ialah claim kematian dan penyakit kritikal. Untuk kemalangan, kemasukan wad guna medical card, claim elaun harian wad semua dah pernah buat.

Jadi pilihlah yang betul ya.Tak kisahlah dari company mana pun janji anda dilindungi dan ada agen yang menjaga ataupun kita panggil servicing agent untuk semua sijil takaful keluarga anda. Kenapa? Sebab agen inilah yang akan menjaga akaun kita hingga akhirnya. Tapi kalau agen kita dah 'syahid' di pertengahan jalan, kan agak payah di situ.

Meh kita tengok sikit belakang tabir tugas servicing agent, ni, selain membantu client buat claim.

Nilah antaranya..kalau permohonan baru perlukan medical chcek up atau extra info agent akan bantu client untuk mempermudahkan lagi urusan,  update alamat ke no phone ataupun client nak buat penolakan bank kita bantu client form apa nak isi semua. Kalau korang ambil dengan bank korang kena g bank bila nak buat apa-apa atau buat claim. So terpulang lah ikut citarasa masing-masing, melalui agen atau direct ke bank

Bantu bayarkan payment client di HQ. Sekarang guna M2U atau Jompay pun boleh tapi masih ada yang membayar secara tradisional. so, lepas bayar kita bagi resit. Simplekan, no tipu-tipu okeh.

Oklah lah sampai dulu, nanti kita sambung k.



Shahila
Agent Sepenuh Masa