Penting Ke Takaful Pendidikan?

15:48 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Assalamualaikum.


Tuan/puan pernah dengar tak pasal takaful pendidikan? Sebelum ni sis Ila dah ada buat sedikit pencerahan di entri yang sebelum ini di sini .


Takaful pendidikan memang berbeza dengan simpanan yang korang biasa simpan untuk anak-anak di bank atau amanah saham didik atau iSSPN tu.


Apa bezanya?


Yang paling utamanya ialah simpanan di takaful mempunyai PERLINDUNGAN. Simpanan biasa hanya ada simpanan+bonus tapi tiada perlindungan, FAHAM TAK setakat ini?

Bagus ke simpanan takaful ni? Bagus atau tak korang nilaikan sendiri nanti. So,meh sis terangkan satu persatu.

Pertama.

Dah namanya menyimpan pasti ada duit simpanan kan. Tapi yang yang kedua ni lebih utama.

Kedua

Ada perlindungan. So kat sinilah bahagian yang paling penting sis nak terangkan pada ibu-bapa kat luar sana. Apa first impression korang pasal takaful pendidikan?

Mesti korang rasa 'same je kan , dah namanya pun menyimpan'

Ada pulak tu langsung tak faham apa-apa. Takaful pun tak faham. Yang dia tahu payah! Susah nak klaim. Ooomai. Ape ni dahlah tak tau apa-apa bila orang nak terangkan tak nak dengar pulak tuh. So tugas sis dah lepas ye kat situ. Sebab sis nak sampaikan tapi diaorang tak nak.

Macamni. Sebab anak-anak korang kecil jadi diaorang belum ada pendapatan kan? Jadinya kita sebagai ibu-bapa adalah pencarum bagi sijil takaful anak-anak kita. Kitalah orang penting di sini. Kalau kita tak mampu mencarum maka lapsed la caruman takaful anak-anak kita nanti.

Andainya Allah takdirkan suatu masa kita yang mencarum ni sudah tidak berupaya bekerja, mungkin Allah uji dengan lumpuh atau sakit yang berat contohnya buah pinggang, sakit jantung jadi  kekuatan fizikal kita telah terbatas. Kita dah tak dapat lagi nak bekerja seperti sediakala. Silap haribulan kita dinasihatkan majikan berhenti kerja atau pencen awal kerana tidak mampu lagi menggalas tanggungjawab seperti yang diminta majikan.

So, apa kaitan dengan takaful pendidikan yang korang ambil. Jika situasi di atas berlaku maka sijil takaful anak-anak anda akan menjadi PERCUMA, maknanya korang tak perlu mencarum lagi. Syarikat akan mengambil alih carumkan untuk korang sehingga anak-anak berumur 25 tahun. Kalau simpanan biasa, tiada perkara ini. Jadi korang tak perlu risau, tak perlu mencarum plus ada simpanan anak-anak nanti bolehlah digunakan untuk diaorang sambung pelajaran suatu masa nanti. Sekurang-kurangya, kuranglah kerisauan di hati tu bila fikirkan tiada duit untuk anak sambung belajar. Jangan susah hati na, boleh gunakan duit simpanan di takaful.

Ada yang cakap pada sis. 'Itu kalau je, bukan betul-betul pun'

Ok betul, sekarang kita bercakap dalam situasi kalau, tapi kalau ni jadi betul-betul macammana? Ini adalah salah satu risiko, sesiapa pun boleh terjadi macam ni. So apa yang kita perlu buat untuk menguruskan RISIKO ini. YA, takaful adalah solusinya.

Selain dari simpanan dan perlindungan, tuan/puan boleh tambah di dalam takaful yang sama dengan rider medical card, penyakit kritikal dan juga elaun wad.

Jadi semuanya lengkap di dalam satu simpanan.

Rasanya cukup setakat ini, sis terangkan mengenai takaful pendidikan.

Kalau tuan/puan ada pertanyaan lanjut berkenaan takaful pendidikan atau ragu-ragu dengan takaful ni (ramai yang masih tanya halal ke tak ni) walaupun dah terang-terang kat situ takaful, boleh whatsapp sis Ila . InsyaAllah sis belum pernah makan orang ..huhu (gurau jela)

Salam Ramadhan semua!


Tips Pengurusan Harta Pusaka

22:17 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Apa itu faraid & hibah?

Faraid - pembahagian harta selepas kematian

Hibah -Pemberian harta secara rela sewaktu hidup.

Pembahagian harta pusaka selepas kematian akan melaui beberapa prosedur. Antaranya ialah :

-Mengisi borang untuk petisyen

-Menyiapkan dokumentasi harta yang ditinggal arwah seperti geran tanah,geran rumah,etc - memerlukan dokumen asal

-Menunggu tarikh untuk perbicaraan (dalam 1 hingga 2 bulan)

-Di hari perbicaraan, semua waris diminta mengangkat sumpah di hadapan majistret untuk berkata benar & soal jawab dimulakan dengan tuan majistret untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.Jika waris adalah adik-beradik biasanya majistret akan bertanya samada hendak dibahagi pusaka secara faraid atau samarata. Jadi disitu adik-beradik akan membuat keputusan. (Tetapi untuk tidak membazir waktu sebaiknya berbincang dan telah sepakat dengan jawapan sebelum perbicaraan)

Jika semua bersepakat & setuju dengan apa yang dibincangkan maka mudahlah urusan namun jika ada pihak mengemukakan bantahan, maka lebih panjangla kesnya. Mungkin kena hadir sesi lain pula. Selagi belum selesai maka semua pusaka milik si mati akan dibekukan. Jika ada waris yang sejenis individu sukar ()memang lambatlah kes selesai.

Ini semua dari pengalaman sendiri.Untuk kami Alhamdulilah semuanya selesai dengan cepat. Yang penting kena sepakat sesama waris 
-----------------------------------------------------------------
Jika tuan/puan ada harta tak kira sedikit atau banyak boleh terus hibahkan siap-siap kepada anak-anak supaya tiada pertikaian di belakang hari.

Namun zaman sekarang bukan semua orang mampu meninggalkan tanah,ladang untuk anak cucu. Jadi tuan boleh memulakan simpanan di takaful & terus hibahkan pampasan takaful kepada isteri & anak.

Untuk ibu berdikari hibahkan terus kepada anak-anak.InsyaAllah bila kita tiada sekurang-kurangnya apa yang kita tinggalkan boleh diguna untuk kehidupan mendatang mereka.

Ok,tidak dilupakan kepada adik-adik yang masih bujang tu, hibahkan takaful kepada ibu-bapa kita. Soal ajal maut semuanya rahsia Allah. Siapa pergi dulu kita tidak tahu.

Hibahkan takaful untuk yang tersayang!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

#SisTakaful

Shahila
Great Eastern Takaful Advisor
0104363234


   

Diari Ramadhaku 2016

10:18 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Diari Ramadhanku tahun ini.

Mendengar kuliah ustaz di radio semalam tentang Maghfirah. Ada 3 fasa di bulan Ramadhan. 10 malam pertama rahmat, 10 malam kedua maghfirah (keampunan) dan 10 malam terahir pembebasan api neraka.

Sungguh, dulu tak berapa kisah sangat pun. Bila bulan puasa, kita puasa. Roh Ramadhan ada tapi macam tiada . Tapi, bila semakin matang (masih tak sedar diri, taknak jugak guna word tua ) kena sedar diri kita bukan semakin muda, slo slo belajar memperbaiki diri.

Sekarang kita di fasa pertengahan, fasa keampunan.Ustaz kata mohonlah keampunan sebanyak-banyaknya. Ya,minta ampun boleh bila-bila masa pun tapi yang ini Allah khaskan masanya.Rebut peluang ini sebaiknya tambahan sekarang di bulan Ramadhan,ganjarannya MasyaAllah.

Maaf,sis bukan ustazah,ilmu pun sikit sangat. Tapi sebagai muslim sis pun nak merebut ganjaran pahala bulan Ramadhan menyebarkan kebaikan sesama muslim ✌. Sama-sama kita mempertingkatkan amalan dan didoakan  Ramadhan kami kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Ohya, walapunpun bulan Ramadhan sis Ila tetap aktif dengan takaful. Bulan Jun adalah bulan terakhir untuk quater 2. Hopefully ada harapan untuk grab
MSA award untuk quater ini. Tolong doakan yea ☺.

Lagi satu kalau uolls tengah survey takaful, ada polisi yang dah lama beli tapi taktau apa yang korang beli boleh kontek sis ya.

InsyaAllah sis bantu reviu polisi berkenaan. If dah lengkap semua, it's good then. Tapi kalau belum lengkap macammana? Sis akan consult & advise apa yang perlu. Anda hanya ambik yang perlu saja. Yang tak perlu toksahlah ambil kan. Yang pasti sis takkan paksa sebab tugas sis consult dah lepas,korang buatlah keputusan terbaik untuk diri dan keluarga.

Sebab?
Setiap simpanan ada tujuan tertentu. Macam takaful, unit trust, simpanan di bank semua ada objektif berbeza. So, jangan keliru. Kena tau apa tujuan sebenar kita ambil takaful ni. Lebih kepada PROTECTION.Takaful sekarang semua pun dah ada simpanan, jadi apa yang uolls simpan bukan HANGUS tau kecuali kalau ambil PA (Personal Accident) tu dalam 50-60 ringgit sebulan, biasanya memang hangus. PENTING ya tau ape yang korang ambil.

Blog ini memang agak santai sebab ini personal blog cum takaful blog.

Mula-mula tu ingat nak buat yang macam blog takaful je tapi rasa macam seriyes sangat konten dia. Erkkk, macam tak best pulak.

Akhirnya.

Sis ambil keputusan buat secara santai.

Lebih mudah & lebih mesra sahabat gitu.

Whatsapp me okey  di 010-4363234.

#ShahilaTakaful
#PlanPendidikan
#PlanMedicalCard
#PlanIncomeReplacement
#ReviuPolisi

Semua Pinjaman Allah

08:37 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Semuanya pinjaman Allah.

Sabtu minggu lepas saya naik bas ke Temerloh dulu sebelum gerak ke Kuantan.Duduk sebelah seorang kakak, Kak Z nak balik menjenguk rumahnya di Maran. Kami berbual rancak.Dia bercerita, ada membuat rumah di kampung supaya bila suami pencen boleh tinggal di kampung & menghabiskan masa bersama di sana.

Allah takdirkan suami Kak Z kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Meninggal di tempat kejadian.Yang sedihnya arwah meninggal sebulan sebelum pencen & 2 hari sebelum anaknya menikah. Sambil berbual Kak Z menekan matanya.Sedih.Opsss rasanya saya perlu menukar topik.Saya alihkan pulak pasal musim panas di Temerloh (legaa). Dari ceritanya Kak Zimah seorang surirumah & semasa arwah suami meninggal masih ada anak yang masih bersekolah.

Kami bersalaman & saya memberi beliau kad saya sebelum kami berpisah di destinasi masing-masing

Setiap orang ada ujian masing-masing.
Semuanya hanya #Pinjaman.

Shahila
Great Eastern Takaful Advisor
010-436 3234

#CopyPasteDariStatusFbSaya

Takaful Untuk Orang Bisnes

20:24 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Jom dinner 

Kisah tokey kedai terpaksa tutup sementara atau selamanya bisnes sebab sakit (strok, buah pinggang), kemalangan etc.

Ada yang jual kedai, rumah, kereta sebab nak cairkan aset segera untuk bayar kos rawatan dan selebihnya untuk menanggung perbelanjaan harian.

Anak tak dapat teruskan legasi bisnes keluarga sebab hutang yang ditinggalkan oleh arwah bapa terlalu banyak. Macammana next generation nak teruskan bisnes?

Macam cite drama plak? Walaupun nampak macam cerita drama melayu, tapi dari kisah 'real' la yang drama melayu ambil idea buat cerita ye dak?

#SisTakaful
#ShahilaSabarudin
#0104363234
#TakafulUntukOrangBisnes
#TakafulPagarPerniagaan
#SayangiBisnesAnda
#BisnesLegasiKeluarga
#SayangiKeluargaAnda
#PertahankanBisnesAnda

Holiday Inn Melaka

20:21 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Room kami di tingkat 8
Cuti sekolah.

Hmm. Nak pergi mana ya?

PD? Kata suami. Check punya check hotel yang pernah kami check in sebelum ni dah fully booked. Thristle PD memang terbaek.

Datangla idea Melaka sekali lagi. Tapi kali ni memang dah tetapkan dalam minda nak pegi Kota A Famosa.

Biasa kami booking melalui Booking.com, so dapat bilik 290++ menghadap laut, without breakfast. Tak taula nk kata laut ke ape camtu eh.

Tapi asben punya corporate rate ialah 270++, menghadap laut plus breakfast lagi. Huhu.

Banyak beza tuh!

Ini la bilik yang di kata menghadap laut tu. Tapi tula tengok laut yang tak menenangkan jiwa pom 😅

Bilik so far bersih cuma takde bath tab je

Bilik kosong je. Masing-masing ntah p mana. Selfie sket dengan anak bujang ni.

My brave boy 💪
Wefie sementara lepak-lepak
Tunggu diaorang main game
Tu semua muka-muka tengah menunggu..heh
Actually lepas check in, kami kuar p makan kat satu restoran ni. Katanya femes masuk JJCM tapi satu gmbo pun tak ambil.

Laparrrr.

Bila dah kenyang barula jalan-jalan ke Dataran Taming Sari.

Kampung Morten
Yang ni pulak time naik bot. Tak ambil gambar sangat sebab tetiba dalam bot tu rasa ngantuk je mata sebab bot slo kan tambah pulak dengan angin-angin sepoi bahasa gitu.

Abg Aqil ni memang brave boy la
Aniq pun test jugak dengan burung
Cousins
A Famosa
Esoknya, tercapai jugak nak masuk A Famosa setelah sekian tahun tak masuk. Last masuk form 3 kot? Hmmm.

Sebelum balik singgah MPO, ala yang macam JPO tu.

Last but not least singgah kolam air panas. Takde dalam plan pun. Nampak sign board singgah je. Dewasa RM 6 budak RM 3 tapi sebab kami ramai pakcik tu pukul rata ambil harga dewasa je.

Ok, done Melaka.

Nak buat karangan yang rengkas-rengkas je ni.

To those yang sedang survey-survey takaful boleh contact sis juga yea 