Pelan Untuk Peniaga

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Salam untuk semua rakan peniaga.

Setakat ini rasanya saya baru mempunyai 3 orang klien dari kalangan peniaga/usahawan. Tak ramai rupanya ya. Mungkin rakan-rakan usahawan saya sibuk dan tiada masa untuk mendapat penerangan khusus berkenaan perlindungan takaful.

Jika anda peniaga, sebenarnya anda adalah orang yang sangat memerlukan TAKAFUL. Kerana pekerjaan anda sekarang adalah bergantung kepada diri atau syarikat yang anda usahakan sekarang.

Bayangkan Allah uji dengan musibah sakit, tidak mampu bekerja 6 bulan sahaja. BAGAIMANA DENGAN PERNIAGAAN ANDA? MASIH BOLEH BERTAHAN JIKA ANDA TIDAK BEKERJA 6 BULAN? BAGAIMANA NAK ROLLING MODAL JIKA ANDA TUTUP KEDAI 6 BULAN?

Ya, anda boleh gunakan SIMPANAN yang ada. TAPIIII tak sayang kah wang yang anda simpan bertahun-tahun LEBUR sedikit demi sedikit untuk cover pendapatan yang TIADA selama 6 bulan itu?

Mahukah saya cadangkan anda pelan takaful yang bersesuaian untuk MENGURUSKAN RISIKO berkenaan.

Sebagai perunding takaful sudah menjadi tugas saya memberi khidmat nasihat serta menawarkan pelan terbaik serta bersesuaian dengan keperluan anda. 

Pelan medical card - Anda boleh gunakan kad perubatan sekiranya dimasukkan ke hospital. Anda sudah bekerja keras setiap hari untuk syarikat atau perniagaan anda. Apelah salahnya anda peruntukan sedikit wang untuk manjakan diri anda seketika di hospital swasta yang selesa. Jika pasangan anda perlu menjaga kedai/pejabat dan sebagainya anda tak perlu risau. Di hospital swasta anda akan dilayan sebaiknya. Jika perlukan apa-apa just tekan bell saja. Ini merupakan pengalaman saya sendiri ketika warded pada bulan 3 yang lepas. 

Selain itu saya juga mencadangkan anda mengambil pelan INCOME REPLACEMENT iaitu pelan penggantian gaji sekiranya berlaku hilang upaya/sakit yang menyebabkan anda tidak mampu bekerja. Sekurang-kuranya pampasan ini boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan yang hilang. Pengiraan biasa ialah GAJI ANDA SETAHUN x 10 @ 5 tahun. Untuk lebih details kita akan berbincang lanjut untuk memastikan ianya sesuai dengan bajet anda.

Yang penting anda sedar betapa pentingnya takaful kepada seorang PENIAGA/USAHAWAN.

Hubungi saya untuk perbincangan lanjut ya.

Love,
Your trusted Takaful Advisor,
Ila

Follow instagram atau FB saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan takaful.

Oh ya jika kau orang nak buatkan takaful ibu bapa masih sempat ya. Hanya RM 50 sebulan sahaja. Klik sini untuk info


Permohonan Medical Card

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalam semua.

Baru balik short gateway ke PD. Kami pergi 2 malam. Satu malam di Thistle dan satu malam lagi di Grand Lexis. Thistle kami booking melalui booking dot com. Check in Sabtu, checkout  Ahad. Kemudian check in Grand Lexis, Isnin checkout. Ada beberapa gambar yang saya share di instagram . Overall Thistle tetap di hati.hehe

Oklah balik dari bercuti, malamnya saya ada appointment di Old Town White Coffe Bangsar South dengan prospek iaitu seorang bank officer yang berminat untuk mengetahui tentang medical card. Seorang lelaki berumur 37 tahun. Beliau merupakan rakan satu opis kepada klien saya juga. Kira macam referal lah.

Saya menerangkan tentang medical card, terdapat 4 jenis iaitu :

1) i-Medik - ada co takaful
2) i-Medik Xtra-tiada co-takaful
3) i-Medik Plus- medical card kalis inflasi
4) i-Medik Xtender- kenaikan 10X GANDA limit tahunan

Beliau bersetuju untuk mengambil i-Medik room & board 200. Terdapat 5 jenis room and board, boleh rujuk di sini. Beliau juga mengambil pampasan untuk penyakit kritikal peringkat awal, peringkat lanjutan, kemalangan serta elaun wad dengan hanya RM 230 sebulan sahaja.

Sebenarnya lagi muda usia kita membuat permohonan takaful, lagi murah carumannya. Dengan room & board 200, beliau telah dilindungi oleh medical card sebanyak RM 120 ribu setahun..Banyak jugak dah tu woihh. Kalau rasa bimbang, tambahlah dengan i-Medik Xtender, automatik limit tahunan terus menjadi 1.2 juta (sebab naik 10X ganda kan).

Kau orang kena faham ya saya bukan menjual. I'm takaful advisor. Tugas saya ialah memberi penerangan serta consult supaya anda mendapat pelan terbaik yang suit dengan bajet anda.

Kalau bajet camry, dapatlah selesa camry. Kalau bajet kancil dapat selesa kancil. Bukan nak perkecilkan kancil ke ape, tapi ikut keselesaan masing-masing. Jika rasa 200 ringgit sebulan agak berat dengan komitmen anda ambillah pelan 100 sebulan dahulu, Yang PENTING anda dilindungi.

Bila diuji musibah saya akan bantu anda untuk membuat claim kepada Great Eastern Takaful. Jika anda sebagai ketua keluarga meninggal dunia saya akan menguruskan hibah yang ditinggalkan untuk keluarga anda. 

Yang perlu sekarang adalah kesedaran anda untuk dilindungi oleh Takaful.

Your trusted takaful advisor
Ila

p/s Takaful Ameen akan berakhir 31 Disember 2016. Cepat-cepat mohon ya
p/s Boleh follow saya di facebook untuk info berkenaan takaful


Apa Itu Hibah?

10:15 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalam semua.

Tiba-tiba rajin saya mengupdate blog. Akhirnya saya realize ramai yang suka mencari info takaful di internet. Mudah-mudahan jika ada yang tersinggah ke sini ada ilmu yang diaorang dapat sebelum keluar dari blog ini.

Hari ini topik berkenaan hibah pula. Agak berat untuk dibincangkan namun ia adalah sebahagian tugas perunding takaful mendidik masyarakat terutama muslim. 

Apa itu hibah takaful? Ia adalah hadiah atau pemberian sebagai tanda kasih sayang kepada kepada orang tersayang jika ditakdirkan kita perlu dahulu. Ia boleh hibahkan kepada isteri/suami, anak-anak mahupun ibu/bapa.

Apa keperluan hibah takaful?

1) Sebagai penghapus hutang - Islam sangat menitik beratkan soal hutang. Sehingga nabi s.a.w bersabda 

“Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutangnya belum dijelaskan”.

Jika suami meninggal, orang akan cari isterinya untuk menuntut hutang, betul tak? Tak dapat isteri barulah mereka mencari ibu-bapa atau adik-beradiknya yang lain. Kerana apa? Sebab isteri adalah orang yang paling hampir dengan suami.

Sebagai isteri kena take note perkara-perkara begini. Takut kan cerita bab meninggal ni semua. Tak nak fikir pun kena fikir. Bersedia atau tidak ia akan berlaku.Cuma tarikh dah tahun saja tak tahu.  Bila berlaku hutang piutang tetap perlu diselesaikan.

2) Penggantian pendapatan
Jika hanya suami pencari nafkah keluarga, kehilangannya menyebabkan KEHILANGAN PUNCA PENDAPATAN KELUARGA. Dengan hibah takaful si isteri mendapat sejumlah wang untuk menyara keluarga. Bakinya boleh disimpan di tabung haji. Contohnya jika hibah RM 500,000x8% divide tabung haji bersamaan RM 40,000 bahagi 12 bulan bersamaan RM 3334 sebulan. Tanpa perlu bekerja, wang berkenaan boleh digunakan oleh puan-puan untuk membesarkan anak-anak di depan mata sendiri. 

3) Mendapat Aliran tunai segera
Hibah takaful dapat digunakan dahulu sementara proses pembahagian harta dijalankan. Semua tau kan, wang di bank, tanah, rumah dan lain-lain akan dibekukan sementara sehingga selesai proses ini. Hibah takaful pula akan diberikan terus kepada PENAMA yang telah ditetapkan. No gaduh-gaduh. Memang sudah tertulis di dalam SIJIL TAKAFUL anda penama yang sah!

4) Dana Pendidikan Anak
Ya, yang ini pun penting. Anak-anak nak sambung belajar pun perlukan DUIT. Anak-anak kita belajar pandai-pandai, for sure nak sambung ke peringkat tertinggi. Tapi ibunya tak mampu. Pilu rasanya. 

Lebih kurang kalau anak minta sesuatu tapi kita tak mampu hendak tunaikan. Contoh kecil kalau anak saya minta nak makan sesuatu, tak dapat tidak sebagai ibu sure saya akan tunaikan juga permintaan anak. Tak dapat hari ini, esok lusa saya akan cuba di tempat lain sebab nak tunaikan hajatnya. Gembira sangat mereka bila kita bawa balik dan dia makan dengan berselera sekali.

Dengan duit hibah ini, puan-puan boleh gunakan untuk menanggung anak-anak di universiti. Kalau anak tak mahu sambung belajar tapi minat berniaga. Tak mengapa, sekurang-kurangya kita telah sediakan modal untuk mereka mula berniaga. Sekiranya nak tahu details berkenaan takaful pendidikan pun boleh, klik sini

Itu adalah antara manfaat hibah. Bole helo saya untuk perbincangan lanjut atau isi borang di sini .

Your trusted takaful consultant
Ila

Klien Pertama Bulan Disember 2016

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Salam semua..

December is coming. Bulan terakhir tahun ini.

Jom lihat pencapaian kita. Hmm. saya sendiri terlalu banyak lagi yang perlu dicapai. Bagaimana pun saya sangat bersyukur, jika dikaji dari segi kewangan Alhamdulillah lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Oh ya, sebelum tu, saya close case yang pertama di bulan Disember Ahad lepas.

Ini adalah coursemate saya semasa di UTM dahulu. Kami berborak panjang tentang kehidupan for few years back, yelah lama tak jumpa kan. Macam-macam cerita yang keluar. Yang happy, kelakar dan macam-macamlah. Uni time memang best. I'm not best student, hahaha. Don't ask me berapa pointer saya.

Oklah, berbalik kepada kisah sahabat saya, dia berminat untuk mengetahu lebih lanjut berkenaan medical card. Walapun company beliau bekerja ada menyediakan medical card, namum ia hanya boleh digunakan semasa bekerja sahaja. Ini adalah sebagai persediaan beliau untuk digunakan selepas retirement atau mungkin tiba-tiba beliau resign dari company dan buat perniagaan sendiri.

Concern beliau adalah berkenaan dengan limit yang sedia ada, lebih kurang RM 90,000 setahun. Jadi saya mencadangkan beliau untuk menambah manfaat 'medical card X-tender' yang mana limit RM 90,000 akan bertambah menjadi 10 KALI GANDA , RM 900,000 setahun. Ya, beliau bersetuju untuk  menambah manfaat berkenaan.

Ada beberapa manfaat tambahan lain yang beliau ambil.

Saya juga menerangkan kepadanya senarai 26 perkara yang akan dicover oleh medical card. Banyak kan? Of course lah. Ini termasuklah car assistance iaitu bantuan ketika kereta anda rosak di jalanraya. U see betapa Great Eastern Takaful prihatin dengan klien mereka, bukan sahaja klien dijaga malah kereta klien juga kami ambil berat. Manfaat ini tiada jika anda apply medical card lain:)

Terutama untuk lady driver kalau tiba-tiba tengah jalan kereta rosak ke tayar pancit, suami atau tunang pulak outstation, jangan stress. Call dulu Car Assistance, mereka akan bantu. Perkhidmatan disediakan di seluruh negara. Kalau travel jauh-jauh pun tak risau. Car Assiatance ni beroperasi 24 jam sehari.

Oklah setakat ini dulu. Jika kau orang sedang mencari medical card, boleh contact saya ya atau isi form di sini

Your trusted takaful consultant
Ila

Prospecting di PPUM

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalam semua.

Kebelakangan ini saya kerap juga ke PPUM untuk prospecting new customer di sana.

Yup, saya akui saya bukanlah sejenis yang sangat ramah untuk hai di sana dan di sini. Namun tugas sebagai takaful konsultan telah membawa saya ke satu tahap yang baru. Saya harus berkongsi manfaat takaful dengan lebih ramai orang di sekeliling saya. Saya perlu buka mulut dan bertanya beberapa soalan ringkas untuk mendapat feedback sejauh mana pemahaman mereka berkenaan TAKAFUL.

Adatlah, bercakap dengan stranger kau orang pun pasti ada sedikit skeptikal jika saya datang tiba-tiba ke arah anda. Tak mengapa, saya hanya berikan bisnes kad saya, mungkin satu hari mereka akan menghubungi saya.

Saya berjumpa beberapa orang yang agak positif dengan TAKAFUL. Mereka adalah dikalangan yang sudah ada takaful dan mereka ingin tahu pula tentang produk Great Eastern Takaful serta faedahnya.

Berbanding dengan mereka yang belum ada (hanya agakan saya sahaja) terlalu takut, sampaikan kad/flyer yang saya berikan langsung mereka tidak mahu ambil. Saya katakan pada mereka 'Ambil je, mana tau suatu hari mungkin puan/encik perlukan saya'. Barulah mereka ambil. Takut sangat mereka dengan agen takaful rupanya :)

Saya masih lagi berulang alik ke sana untuk prospecting. Oklah, kalau ada staff PPUM yang membaca posting ini kau orang boleh contact saya sekiranya perlukan khidmat nasihat untuk semak polisi atau nak tahu berkenaan pelan yang best-best dari Great Eastern Takaful. Sudah 108 tahun di pasaran, so jangan ragu-ragu dengan kami. Kalau company ni tak strong dan tak bagus, dah lama company ni hilang dari industri atau dibeli oleh syarikat-syarikat lain seperti yang terjadi kepada beberapa syarikat takaful lain.

Your trusted takaful consultant
Ila 010-436 3234

Promosi Takaful Ibu Bapa Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2016

10:24 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Hai semua :)

Nak bagitau ni.

Takaful iGreat Ameen telah dilanjutkan lagi sehingga hujung tahun ini sahaja.

Untuk yang baru mengikuti blog ini, Takaful iGreat Ameen adalah DIJAMIN LULUS dan di bawah Produk corporate social responsibility(CSR) Great Eastern Takaful.

Bila lagi mahu berbakti kepada ibu-ayah kita kan? Hanya serendah RM 50 sebulan sahaja. Atau boleh rujuk posting sebelumnya di sini

Nampak tak bagaimana pelan ini berfungsi? Lebih kepada sumbangan kita untuk mereka di alam sana. Kita sendiri nak sedekah RM 10 ribu bagi pihak mereka mungkin agak sukar kerana kekangan kewangan sebagainya, namun dengan hanya RM 50 sebulan ianya mampu dilaksanakan.

Sekali lagi, promosi TAMAT pada 31 Disember 2016.

Cepat-cepat grab promosi ini ya. LIMITED TIME ONLY!


Your trusted takaful consultant
Ila 010-4363234