Penghantaran Sijil Takaful Pelanggan

17:02 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Hai & Assamualaikum semua.

Hari ni Hari Wesak so relax sikitla untuk update aktiviti takaful. Ada update di fb and instagram tapi tetap nak tulis jugak dalam blog. Best sikit rasa. hihi

Semalam deliver polisi ke Risda Ampang. Klien ni adalah kawan lama masa sekolah, bapa kepada 3 orang cahayamata. Beliau sangat bertanggungjawab dan mengambil Pelan Penggantian Pendapatan.

Apa pelan penggantian  pendapatan? Sebelum go details saya pun nak tanya juga Kenapa kita bekerja ya? Semestinya sebab nak dapatkan income kan? Dari income tu dapatlah bayar komitmen macam rumah,kereta, pebelanjaan dapur, persekolahan anak dan lain-lain.

Persoalannya pernah tak kita terfikir tentang risiko? Yelah risiko-risiko yang menyebabkan kita tak boleh lagi menjana income?

Contohnya :

Kematian - 100% pasti berlaku cuma tarikhnya tak tahu bila

Lumpuh -50%-50 mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku

Sakit kritikal -50%-50% sama mungkin berlaku atau mungkin tidak

Untuk risiko kedua dan ketiga, bila berlaku biasa orang yang berkenaan tidak lagi mampu nak keluar bekerja. Contohnya kena strok atau dialisis. Agak-agak larat lagi ke nak bekerja?

So pelan penggantian pendapatan adalah salah satu cara pengurusan risiko.

Tahniah untuk sahabat saya yang telah memiliki sijil takaful sebab bukan semua orang mampu ya. Ada yang mampu kewangan tapi kesihatan tak mengizinkan, awal-awal takaful dah reject sebab hanya yang sihat sahaja boleh membuat permohonan takaful.

*Deliver sijil kat tepi jalan je sebab klien tengah meeting. Terangkan semula secara ringkas apa yang diambil pastu serahkan polisi.

Untuk yang perlukan info berkaitan takaful boleh contact saya ya. Info semua ada di atas

Your trusted agent
-Shahila-