Cipta Aset dengan iMega

14:33 Perunding Takaful Selangor 0 Comments






i-MEGA
.

Memang hot selling sangat ni.  Ada saving & HIGH PROTECTION. Korang pernah check tak untuk mortgage rumah, korang amik MRTT ke MLTT? Sila guna mr google if nak taw ape tu mltt dengan mrtt
.

iMega adalah alternatif kepada  MRTT. Boleh baca kat situ apa manfaat dia.
.

Rumah ni aset penting kan sebab rumah biasaya antara komitmen tertinggi dalam senarai hutang piutang kita.
.

Sambil sambil tu cuba semak ambik mortgage rumah berapa lama? Ada kes loan 30 tahun tapi mortgage ambil 10 taun je. Abis tu 20 tahun lagi macammana? kalau meninggal or hilang upaya macammana dengan rumah? Rumah tak FREE yea kalau macam tu sebab tak ada perlindungan. Waris tetap kena bayar loan rumah macam biasa.
.

Jangan lupa semak ok! Whatsapp untuk khidmat nasihat percuma.
.

#ShahilaGET



Takaful Pendidikan

22:35 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



TAKAFUL PENDIDIKAN
.

Takaful pendidikan sangat bagus sebab didatangkan sekali bersama WAIVER. Apa itu waiver?
.

Waiver ni adalah pengecualian sumbangan apabila berlaku salah satu dari 3 perkara ni kepada pembayar -- meninggal, hilang upaya kekal atau penyakit kritikal.
.

Jadi sijil takaful anak-anak jadi PERCUMA. Kita tak perlu susah hati, syarikat akan menyumbang bagi pihak kita sehingga anak-anak berumur 25 tahun
.

Katakan si ayah mula mencarum 200 sebulan semasa anak berumur 3 tahun. Selepas 2 tahun si ayah kemalangan dan doktor sahkan hilang upaya kekal. Walupun baru mencarum 4800 untuk 2 tahun, baki 20 tahun lagi syarikat akan carumkan sehingga anak cukup umur 25 tahun. 2400*20 tahun bersamaan 48,000.
.

Banyak tu 48k. Siapa nak bagi free macam tu je kan, tapi ini telah termaktub dalam sijil takaful. Syarikat pasti tunaikan.
.

Tabung pendidikan anak tetap tercapai walaupun ketika itu si ayah tidak mampu lagi mencarum.
.

Itu kelebihan utama buat saving di sini. So rancang tabung pendidikan anak-anak . Uruskan risiko kewangan sebaiknya ok!
.

#ShahilaGET

Tahniah Great Eastern

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Reader's Digest Trusted Brand Gold Award
Great Eastern Life was awarded the Readers’s Digest Trusted Brand Gold Award in 2017 for the 14th consecutive year. The award was based on 100% consumer votes and rated highly against trustworthiness, credibility, quality, value and understand of customer needs, innovation and social responsibility.


Tumpang bangga. Walaupun bukan Great Eastern Takaful tapi sebagai adik beradik Great Eastern kami amat  berbangga.  TRUSTED BRAND BY CONSUMER VOTES.

So jangan ragu-ragu dengan Great Eastern brand okey. Great Eastern Takaful the best !

Yang berminat untuk sign up sebagai agen boleh contact saya, details semua ada di atas. Kita ada sediakan platform untuk training. Jangan risau, tak pandai cakapla, pemalu dan lain-lain. Itu semua boleh di atasi.

Yang penting niat kita nak berniaga menambah pendapatan keluarga (especially ladies ya- yang bekerja @ suri rumah ) . Disamping itu dapat membantu menambahkan peratus kaum Melayu Islam dalam pemilikan  takaful.

Your trusted agent
-Shahila-

Seminar Hartanah dan Hibah

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Assamualaikum & hai semua.

Sebenarnya saya hadiri seminar ni pada 6 Mei yang lalu. Baru sekarang ada masa so saya update sedikit apa yang ada dalam seminar ini.

Kebanyakan peserta adalah peguam. Saya join sebab atas kawan jugalah sebab beliau seorang peguam. Datang sambil menambah ilmu.

Jom layan gambar :

*Tuan Haji Mukhtar bin Abdullah.Peguam Syarie senior yang beramal di Kuala Terengganu. Beliau pun ada menulis buku. Maaf saya lupa tajuk bukunya, tapi kawan saya yang lawyer tu ada beli buku beliau .





 Apa yang waris perlu lakukan setelah si mati meninggal dunia.
*Tuan Mawardi merupakan mantan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Slide beliau saya tak dapat nak ambil sebab phone saya dah takde space.huhu

Basicly seminar ni more to lawyer untuk handle case di mahkamah tapi saya happy sebab dapat ilmu baru. Cuma saya tak berapa reti nak explain sebab takut salah term (almaklumlah awak bukan budak law hehe)

Your trusted agen
-Shahila_

SICM Takaful Weekly Training

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assamualaikum & hai semua

Apa yang  menyebabkan seseorang mengambil keputusan untuk menyertai takaful.

Mungkin di sini antara jawapan korang ;



Ini antara aktiviti semasa training. Kita memang ada training setiap minggu di Great Eastern Takaful Jalan Ampang.

Apepun komitmen diperlukan supaya menjadi agen yang berilmu dan dapat memberi servis yang terbaik untuk klien-klien.

Semua bidang pun begitu. Perlu konsisten berusaha untuk terus maju jaya. Ewahhh. Hehe

Your trusted agent
-Shahila_

Penghantaran Sijil Takaful Pelanggan

17:02 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Hai & Assamualaikum semua.

Hari ni Hari Wesak so relax sikitla untuk update aktiviti takaful. Ada update di fb and instagram tapi tetap nak tulis jugak dalam blog. Best sikit rasa. hihi

Semalam deliver polisi ke Risda Ampang. Klien ni adalah kawan lama masa sekolah, bapa kepada 3 orang cahayamata. Beliau sangat bertanggungjawab dan mengambil Pelan Penggantian Pendapatan.

Apa pelan penggantian  pendapatan? Sebelum go details saya pun nak tanya juga Kenapa kita bekerja ya? Semestinya sebab nak dapatkan income kan? Dari income tu dapatlah bayar komitmen macam rumah,kereta, pebelanjaan dapur, persekolahan anak dan lain-lain.

Persoalannya pernah tak kita terfikir tentang risiko? Yelah risiko-risiko yang menyebabkan kita tak boleh lagi menjana income?

Contohnya :

Kematian - 100% pasti berlaku cuma tarikhnya tak tahu bila

Lumpuh -50%-50 mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku

Sakit kritikal -50%-50% sama mungkin berlaku atau mungkin tidak

Untuk risiko kedua dan ketiga, bila berlaku biasa orang yang berkenaan tidak lagi mampu nak keluar bekerja. Contohnya kena strok atau dialisis. Agak-agak larat lagi ke nak bekerja?

So pelan penggantian pendapatan adalah salah satu cara pengurusan risiko.

Tahniah untuk sahabat saya yang telah memiliki sijil takaful sebab bukan semua orang mampu ya. Ada yang mampu kewangan tapi kesihatan tak mengizinkan, awal-awal takaful dah reject sebab hanya yang sihat sahaja boleh membuat permohonan takaful.

*Deliver sijil kat tepi jalan je sebab klien tengah meeting. Terangkan semula secara ringkas apa yang diambil pastu serahkan polisi.

Untuk yang perlukan info berkaitan takaful boleh contact saya ya. Info semua ada di atas

Your trusted agent
-Shahila-

Aktiviti Takaful

16:03 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Hai semua.

Ini antara aktiviti takaful saya. Ya betul agensi saya di Mentakab Pahang sebab saya orang Temerloh. Sewaktu memdaftar menjadi perunding dahulu saya buat di Pahang. Takada masalah pun walaupun agensi di Pahang semua aktiviti membuat pendaftaran takaful, training mingguan dibuat di Kuala Lumpur.

Saya juga ada klien di Kuantan, Jerantut, Kemaman --dekat-dekat je dengan saya. Balik Temerloh boleh aje saya servis klien di sana. Kuala Lumpur dan Selangor pula semestinya sebab sekarang memang menetap di Kuala Lumpur.

Hope semua jelas okey. Jangan ragu-ragu lagi.

InsyaAllah 2 tahun ilmu dalam industri Takaful akan membantu sedikit sebanyak masyarakat di luar yang memerlukan khidmat nasihat Pengurusan Risiko Kewangan.

Apa pun tak ada salahnya berbincang dahulu mengikut bajet anda. Ambil tak ambil belakang kira. Yang penting anda dapat ilmu  saya pula dapat kongsi sedikit ilmu & pengetahuan yang ada. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar tentang pengurusan risiko kewangan.


With my boss yang membawa saya dalam industri ini, Puan Jamilah. Lifetime member MDRT.  Very powerful lady and inspiring.

Handbag ni menang contest agensi sebelum ni. Yeahhh. Saya dah ada handbag yang masih bole pakai, so maybe boleh bagi pada orang lain la kot.



Mengambil sijil-sijil takaful pelanggan.

Oklah untuk yang nak dapat konsultasi dan quotation boleh contact saya. Details semua ada kat atas.

Your trusted agent,
-Shahila-





















Last call

18:05 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

RM0.00 Dear Takaful Agents! Last day to submit i-Great Damai on 2 April! Enjoy lower charges by submitting i-Great Damai NOW!

Secure one more people for medical plan before new rates!

KakIla key in on 2 April itself. Haha

Medical card full coverage (without co-takaful), elaun wad, pampasan penyakit kritikal dan elaun wad.

Still underwriting. Doakan lulus ya!

Xoxo
KakIla

Penggantian Pendapatam

09:05 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Salam warga Kuala Lumpur & Selangor

1. berumur 18 tahun ke atas
2. Sihat
3. Bujang/Bekeluarga
4. Bekerja

TAPI kalau anda tak bekerja satu family jem sebab duit rumah,duit kereta, duit
perbelanjaan semua di bawah anda.

Pernah berfikir bagaimana keluarga saya sekiranya saya tak mampu lagi bekerja.
Orang sekarang cakap No Money No Talk!

Saya cadangkan tuan/cikpuan sediakan satu akaun 'Penggantian Gaji' yang akan
bantu menyelesaikan hutang & komitmen sekiranya diuji musibah. Akaun ini juga
ada simpanan yang anda boleh gunakan semasa kecemasan.#SimpanDanLindung. Akaun
diselenggara di bawah Bank Negara dan patuh shariah.

Abaikan, sekiranya mesej ini tidak penting. Terima kasih kepada yang sudi
membaca sehingga habis. 

PM KakIla okeh.

Shahila | www.wasap.my/60104363234

Hibah Terlepas Dari Faraid

16:27 Perunding Takaful Selangor 0 Comments


Assalam semua. Dah faham apa itu hibah? Boleh baca yang ini dahulu untuk fahami apa itu hibah .

Baru- baru ini keluar berita di akhbar berkenaan RM60 bilion harta tidak dituntut berikutan tiada tuntutan dibuat. Bayangkan jika sudah beberapa orang waris yang berhak ke atas harta berkenaan meninggal dunia maka prosesnya menjadi lebih rumit dan panjang. Ini belum lagi masalah pembahagian yang mana ada waris-waris yang tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut.

Kisah benar yang saya dengar sendiri, ayahnya sudah meninggal tahun 2003 namum pembahagian harta arwah ayahnya belum selesai sehingga sekarang 2017 berikutkan ayahnya pernah beristeri dua dan ada waris-waris yang spesis kepala batu, so masalah masih belum selesai. Arwah sudah tiada 14 tahun, harta belum selesai dibahagikan, adik-beradik bergaduh :(


Image result for 60 billion harta tak dituntut


Melalui pelan takaful, manfaat takaful dapat dihibahkan kepada waris tanpa melalui proses faraid. Contohnya di Great Eastern Takaful ada pelan hibah serendah RM30 sebulan. Isteri-isteri yang membaca post saya ini silalah  berbincang dengan suami berkenaan hibah. Suami puan mungkin rugi RM30 sebulan membuat sumbangan takaful tetapi percayalah dia sudah menyediakan sekurang-kurang RM 30 ribu aset kepada puan sekeluarga setelah dia tiada.

Image result for manfaat takaful berbanding hibah


Puan,

Hubungi saya untuk kita berbincang ya, saya tunggu.

Ila
Great Eastern Takaful Advisor since 2015
KL/Sel/Pahang