2D1N Pantai Bangsar Hospital Part II
Assalamualaikum cinta
Bersambung.. Part 1 nya di sini
Hari kedua di hospital. Malam sebelum tu tak boleh lelap, dalam pukul 1 jugak baru tidur. Pukul 6 pagi macam tu tersedar nurse nak masukkan drip ubat, mintak tangguh dulu. Pergi toilet mandi semua, siap selesai semua urusan baru tekan bell panggil nurse untuk drip ubat.
Pukul 8 breakfast, tapi tak lalu sangatla pulakkan bubur pagi-pagi gini ( asbenla ni p tick porridge )
Lepas makan, palagi tidur sajalah. Nama pun hospitalkan, rehat puas-puas.hihi
Pukul 11 ada orang datang bilik untuk jemput ke klinik Dr Iskandar buat check up sikit dari operation semalam. Tunggu dalam setengah jam, doktor pun panggil. Doktor buang bandage sebab nak gantikan yang baru. Selepas diskusi dengan doktor kata sepakat di capai. Doktor bagi sarung tangan untuk gantikan bandage. 21 Mac datang semula untuk buka jahitan. Phewww
Lapar tau sebab pagi tadi sikit je makan. Ngap semua.
Pukul 4 petang akhirnya discharge letter keluar. Yezza.

Sis cuma tunjukkan jumlah bil sahaja . Walaupun duduk sehari tapi kos operation tu yang menjadikan bil 5 angka. Apa pun Alhamdulillah semua berjalan lancar.
2D1N dengan layanan yang baik dari doktor, staff dengan kemudahan fasiliti terbaik di sini.
Sekiranya korang semua perlukan info atau quotation berkenaan medical card lengkap beserta simpanan , boleh hubungi sis. Sis akan berikan quotation percuma dengan penerangan lengkap.
Pengalaman baru, sis menghayati sendiri macammana menjadi pesakit yang duduk di hospital.
Nanti sis update stori lain pulak.
Wassalam.