Assalamuaikum.
Masa untuk kemaskini blog. Pengalaman check in di Pantai Bangsar Hospital. Bukan sebab apa pun, ada minor operation ganglion cyst di sendi tangan. Jadi selepas buat appointment dengan Dr Iskandar, pakar ortopedik beliau cadangkan untuk buang sebab semakin membesar.Sis pun ikut yang doktor sarankan dan set tarikh untuk pembedahannya.
Pagi-pagi semua angkut sekali, suami hantar sis ke Pantai untuk admission wad sebelum pukul 8 sebab pukul 9 operation. Asben hantar anak-anak ke sekolah, lepas tu datang balik Pantai Bangsar. Admission sekejap je dalam 30 minit dah naik bilik.
Kali ni sis guna GL Maybank sebab asben staff Maybank yang boleh cover spouse dan anak-anak semua. Jadi simpan je dulu Great Eastern Medical. Tak rugi apapun sebab kalau dalam 3 tahun kita tak pernah claim, dapat 10% kenaikkan limit tahunan kita. Baguskan!
Ok berbalik pada cerita operation, untuk staff Maybank asben layak dapat 2 bedded room dan ke atas. Tapi semua 2 bedded dan ke atas penuhnya katanya. Jadi admission dept masukkan sis ke 4 bedded room. Since doktor kate sehari je akan warded, so okla kan. Masuk bilik. Ada satu antie dalam room tu, tangan patah sebab tergelincir. Ok bagus taklah takut malam ni nak tidur.huhu.
Duduk-duduk sekejap nurse pun datang terangkan mengenai bilik (prosedur biasa). Tak lama lepas tu Dr Jamsari pakar bius pun datang. Doktor terangkan serba sedikit prosedur bius. Operation ni bius penuh, kira tak sedarla papela nanti.
Lepas tu Dr Iskandar pulak datang. Borak-borak kejap lepas tu dia kata, ok jumpa kat OT room. Salin baju untuk OT, siap semua nurse tolak ke OT room. Asben kata dia keluar sarapan dulu , nurse cakap takpa bila isteri kesayangan dia dah keluar OT nanti nurse call .
Nervous jugak tau nak masuk OT room ni, tak taula sis sorang ke atau semua orang pun ada perasaan macam tu walaupun tahu dia minor operation je. Baca bismillah, selawat, mengucap semua bagai masa kat OT masuk room.
Camtu bentuk ganglion cyst
Tangan kiri masuk ubat & air
Tangan kanan selepas operasi
Jumpa Dr Jamsari dulu, once dah masuk bius slowly mata terpejam, mengucap 2,3 kali lepas tu padam. Last tengok jam pukul 9.09 pagi. Sedar-sedar dah pukul 11 pagi, bukan kat OT room dah pindah ke recovery wad.
Buka je mata cam kepeningan, so tidur balik. Buka balik pening lagi, pejam mata. Dalam 1120 camtu tengok jam kat recovery wad, Dr Jamsari datang. Dia tanya ok? Sis jawab ok, tapi panas rasa berpeluh. Dia panggil nurse tutupkan suiz . Dia macam satu lapisan kaler putih atas badan kita untuk panaskan badan, lepas tu baru cover dengan selimut. Bila dah tutup suiz tu baru tak rasa berpeluh
Pukul 12 nurse tarik bawak masuk wad. Nurse kata mula dengan minum air dulu, kalau ok baru makan. Sis dah puasa start pukul 12 malam td. Lapar!
Cuba minum air, Alhamdulillah tak muntah. So makanla, Alhamdulillah takde loya dan muntah. Berjaya makan tanpa muntah. Yes! Good sign . Takda gambar lunch sebab dah ngap. Kelaparan.
Dinner 9/3/2016
Senarai menu-menu
Dinner plak. Selera sis makan sebab kelaparan.huhu
Travel buddyku Ms Zimah
Tak dilupakan travel buddy pun datang singgap kejap melawat. Stori pasal travel Lombok. Ceria je pesakit bila cite pasal travel kan
1st day berlalu. Nanti sambung
part II untuk discharge & final bill. Byer