SICM Takaful Kick Start 2016

19:18 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assamualaikum.

Sedar tak sedar kita dah masuk 2016. Sempatlah juga saya join SICM Kick Start 2016. SICM ada konvensional dan takaful. Jadi yang ini khas untuk takaful sahaja.

Wow tak sangka jauh juga saya sudah melangkah. Tak sangka bidang takaful akhirnya saya pilih. Kalau tanya dengan Unit Manager atau Group Manager sekali pun, ramai yang menjawab ini bukan cita-cita asal atau impian mereka. Dari kecil tanam cita-cita sebagai Perunding Takaful. Memang tidak sama sekali.

Namun jika kita lihat senarai pekerjaan yang tidak memerlukan degree untuk bergaji 5 angka, perunding takaful adalah salah satu bidang perniagaan yang kita patut ketahui. Di SICM Takaful kami menyediakan kelas mingguan setiap Isnin malam untuk produk knowledge, soft skills, hard skills, tekning klosing dan macam-macam ilmu baru yang kita akan dapat. Bukan itu saja, sebenarnya ia melatih kita untuk sabar, belajar deal dengan stranger, belajar bergaul & paling penting dapat berjumpa dan belajar dengan kawan baru. 

Kata orang kalau berkawan dengan orang jual minyak wangi, kita pun akan wangi sekali. Begitulah jika sebaliknya. Di sini kita akan berjumpa dengan orang-orang lebih berjaya dari segi kerjaya & kewangan. Mereka semua bermula dari bawah ya. Bisnes takaful bukan seperti sesetengah bisnes , belian sekian ringgit melayakkan kita naik pangkat. Di sini semua dari bawah. Berjaya buat sales baru naik pangkat. Kita belajar melihat bagaimana cara mereka berfikir, bertindak dan melakukan sesuatu. Usah bandingkan, kita adalah kita, mereka adalah mereka. Tapi jika kita tak boleh ikut 100%, dapat ikut jejak 50% sudah bagus kan? Dari tidak mencuba langsung. Skills itu yang mahal sebenarnya. Sebab itu kenapa ramai coach yang mencadangkan, jika hendak berjaya berkawanlah dengan orang yang berjaya. Sedikit demi sedikit kita akan belajar mengikut jejak mereka.

Ok jom layan gambar



Opening speech dari VP Great Eastern Takaful Pn. Norizan


Ucapan Mr Tan

 Lucheon dengan kawan-kawan dari agensi lain


Yang ni last picture of the day sebelum balik. Semangat!


Gambar wajib lepas apa-apa event. Mesti duduk belakang singa. Aummm!


Aktiti masa event. Muka-muka yang nak pegi Beijing. InsyaAllah :)

Last but now least MC kita hari ini, GM Zamri

 Untuk adik-adik yang risau sangat nak kerja apa lepas SPM atau lepas Grad kenapa tidak beri peluang pada diri anda untuk mencuba kerjaya ini. Dengan sharing dulu, lepas tu buatlah keputusan. Bukannya kalau adik-adik call terus kena paksa buat ke ape. Datang & experience sendiri kemudian baru buat pilihan. Whatsapp akak, InsyaAllah akak akan bantu selesaikan kekusutan dan ketakutan tentang kerjaya ini.

Untuk kakak atau sahabat saya nak nak mencuba bidang Takaful sebagai kerja part-time juga di alu-alukan. Semak balik ahli keluarga kita, berapa ramai lagi yang belum ada perlindungan. Bantu diri kita, keluarga dan orang sekeliling. Duit bukan segala-galanya tapi dunia masa kini segala-galanya perlukan wang. Nak bantu keluarga di kampung juga perlukan wang. Masih belum terlewat untuk kita berbuat sesuatu untuk membahagiakan orang tersayang!

Maaf jika banyak kekurangan dalam tulisan saya.

Saya masih belajar.

Semoga tahun 2016 ini lebih baik untuk kita semua! JOM BERNIAGA!


Shahila
Takaful Konsultan'
010-4363234