Pengalaman Berniaga

16:12 Unknown 0 Comments

[HARI PERTAMA]

Wahh ini memang pengalaman baru bagi kami yang sememangnya tiada pengalaman berniaga di gerai.

Serius.

Perasaan segan dan malu memang ada pada hari pertama berniaga.Yela nak pasang meja dan payung kemudian berniaga di sisi jalan. Padahal orang yang lalu lalang tak memerhati sangat pun apa yg kami lakukan.Kami yg malu sendirilah sebenarnya.

Kata guru ini perasaan biasa bila kita mula melakukan sesuatu yang di luar dari kebiasaan.

Yup.dan hari pertama dapat kami lalui walapun jualan tidaklah begitu baik.

[HARI KEDUA]

Hari kedua perasaan malu itu semakin hilang.Ia diganti dengan rasa semangat bila melihat gerai air kelapa milik bukan rakyat Malaysia yang sangat laris.Mata terus melihat dan memerhati sekeliling.

Mungkin mereka adalah #jutawansenyap yang setiap hari kita temui. Manakan tidak, mereka menjual setiap hari.Kita pulak asal ada duit semua mahu dibeli.Mereka buat duit tidak berhenti, kita pula?

[HARI KETIGA]

Hari ketiga dilalui seperi biasa.Sudah biasa barangkali.

Berniaga di sisi jalan rupanya membantu kami melihat gerak geri manusia dari pelbagai sudut.Masa tertumpu pada si pengutip botol dan kotak sedang menguis2 tong sampah mencari barang-barang untuk dijual.Bukan menghina pekerjaannya namun hati terusik kerana melihat kepayahan hidup manusia di tengah2 kota metropolitan.

Habis sudah kisah si pengutip botol.Kemudian terlihat seorang lelaki berkerusi roda sambil diribanya ada papan serta barangan yang lain.Sebelah tangan memegang barang diriba manakala sebelah tangan lagi digunakan menggerakkan kerusi roda.

Allah.

Rupanya beliau membawa papan dan kelengkapan di tengahari buta ini  untuk berniaga di tapak pasar malam hari ini.

Dia kemudian bersama dengan sorang wanita yg juga OKU ke gerai kami untuk membeli makanan.Percuma sahajalah kata kami.

Tadi sudah terdetik tadi di hati untuk memberi padanya namun bimbang mereka tidak suka menerima pemberian-pemberian orang.

Allah Maha Perancang Terbaik yang menggerakan hati mereka singgah ke gerai kami.

Masih bercerita lagi dengan adik setelah mereka meninggalkan gerai kami.Kata adik mereka tiada pilihan. Nak-nak pula hidup ditengah bandaraya KL ni.Kata adik lagi jika mereka mempunyai pilihan,pasti mereka tidak sesekali memilih untuk hidup begini.

Otak masih ligat berfikir.

Ya Allah syukur atas segala yang Kau berikan untuk kami Ya Allah.

Ya Allah berikan yang baik-baik saja untuk mereka,permudahkan segala urusan hidup mereka.Ameen.