|Riang Ria Raya Haji 2015|Pahang|
Sedang dalam perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur setelah 3 hari di kampung.
Memilih perjalanan waktu malam, sejuk sikit kan.
Sambutan raya korban kali ini disambut sederhana.
Malam raya sempatlah kami membakar lemang kecil-kecilan untuk makan sekeluarga. Abang dan adik orang yang paling eksited nak tolong bakar lemang. Nasib pakde dan pakcu ada tukang monitor anak-anak sedara :)
Memulakan pagi raya kami ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha. Kemudian ke tempat korban. Sekejap saja (satu gambar pun tak ambil).huhu
Waktu petang barulah kami sekeluarga berziarah ke rumah saudara, rumah wan di kampung dan lepak di sana sampai malam. Tamat kisah raya pertama.
Bersambung ke Taman Tema Kubang Gajah keesokan harinya.
[ P/S Untuk quotation atau pertanyaan tentang Great Eastern takaful sila whatsapp/email/isi form yang disediakan. Pasti anda sedang survei operator-operator yang lain juga kan. Saya akan cuba bantu rakan-rakan yang sedang mencari maklumat berkaitan great eastern takaful ]
Sekali lagi Salam Aidiladha dari saya, perunding takaful anda ;)