Tim Kami

14:05 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Meh nak perkenalkan tim kami. Kami dari Jamilah Super Team. Agensi  Ila di Mentakab sebab Ila kan orang Temerloh jadi register kat sane. Boleh selalu balik kampung hihi. 

Tapi Ila sendiri memang menetap di KL. Jadi semua urusan Ila buat di KL, ape2 hal terus ke Great Eastern Mall  HQ Jalan Ampang . Nak register new bisnes ke ,training mingguan ke semua Ila buat dari sini je. Alah sekarang kan semua kat hujung jari. No big deal la bak kata orang kampung kami.

Seriously Ila sangat bangga dapat bersama-sama dalam tim ini. Mama Jamilah kami bukan calang-calang orangnya. Beliau merupakan Lifetime MDRT member. Ila malas nak stori pasal MDRT, sila gugel macammana nak dapat anugerah MDRT ni 

Jadi jangan ragu-ragu nak sign up. Kalau takaful/insurans ni tak betul & tipu dah lama mama & tim kami bungkus. Mama sudah 18 tahun berada dalam industri ni. Sudah tak terkira berapa banyak klaim kemalangan, tuntutan kematian, sakit kritikal, hilang upaya dan pelbagai jenis tututan lagi yang telah diuruskan oleg agensi kami.

Lagi best kalau korang ada minat nak join jadi Takaful Advisor. Cuba dulu, tak cuba kita takkan tau sejauh mana kemampuan kita. Ila sendiri pun memang tengah mencari partner2 di KL. Bukan apa seronok sikit pergi kelas sesama. Sambil tu dapat menambah pendapatan diri & keluarga. Bab gaji InsyaAllah tidak mengecewakan . Ada usaha, ada hasil.
Kalau adik/kekakak ada apa2 nak tau pasal pelan takaful atau cara nak jadi Takaful Advisor boleh roger Ila. Malas nak call kita whasapp je. Mudah sangat. Kita manfaatkan  teknologi yang ada, betul tak?
Kalau dalam gambar yang background singa tu Ila no.3 dari kiri. Pakai baju batik & tudung pink :)

Sekian :)!

Bukit Gambang Resort City Kuantan

11:40 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

21 November 2015 kami berada di BGRC. Tahniah untuk semua qualifier contest anjuran Kuantan Branch . Alang-alang tu bawak family la sekali pergi bercuti.

Bila sampai pastilah ada sesi bergambar.WAJIB la kan. Lepas tu bermula la Explorace kami. Kami di bahagikan kepada 4 kumpulan.

Juara? Wajibla tim kami .

Dalam banyak-banyak game paling tak tahan kena buat slide kat 6 lane racer tu. Tapi sebab nak menang punya pasal ku gagahi jua. Cewah.huhu . Berbaloila jugak sebab menang kan.

Main-main juga tapi tetap ada isinya. Di sini semangat berkumpulan diraikan, mesti bertindak mengikut arahan yang diberi & paling penting pasang strategi. Begitulah juga kita bila berada dalam pasaran.

Untuk adik-adik yang still study or kekakak yang yang sedang buntu mencari pendapatan tambahan 3,4 angka jom kita buat sama-sama dalam bidang ni. Bidang ni nak kata senang tak senang sangat nak kata susah taklah susah sangat. Tak kisah apa-apa bidang sekali pun, ada usaha InsyaAllah ada hasilnya.  Gajinya InsyaAllah tak mengecewakan adik & kekakak semua. Kalo tak tahu kita boleh sama2 belajar. Di KL setiap minggu kita adakan kelas untuk bantu sesiapa yang mahu upgrade income sendiri. Di samping tu boleh bantu ibu ayah kita di kampung InsyaAllah. Yang penting adik/kakak ada semangat nak berjaya. Kalau ada ape-apa nak tanya pasal takaful atau cara nak jadi agen boleh helo saya ok!

Shahila
010.436.3234 (available on whatsapp)
shahilasabarudin@gmail.com
Jamilah Agensi
Jamilah Super Team
SICM group

WAJIB bergambar dulu sebelum explorace! 

Sebelum explorace kita berkumpul di Cocoa Beach dulu. Candid katanya.huhu

Yess! We are the winner! 1st  team yang sampai :) 

Yang ni water rafting. Takla debor sangat yang ni sebab pernah main sebelum ni

Serius yang ni paling takut nak buat. Tapi buatla jugak. Gambar sendiri takde. Ambil pic kat google sebab nak bagitau gerunnya benda alah ni. Padahal orang lain rilex jer. Ahaks!


Gambar Aniq tengok kuda sebelah malam. Time ni mamnya tengah meeting buat goal setting 2016. Ayah yang layan anak-anak. Thanks hubby.Love u !

Bergambar sat dengan family. Hubby tak masuk dalam ini pic. Dia tukang ambil gambo :)

Team no. 2!


Team no. 4!


Team no. 3!

Sekian :)

Permohonan Baru Puan Azizah

08:51 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Terima kasih Puan Azizah kerana memilih Great Eastern Takaful 
Beliau & anak perempuannya mengambil pakej lengkap medikal kad+simpanan+perlindungan.
Apa yang ada di dalam pakej ini adalah :
1. Medikal kad limit tahunan 120 ribu, seumur hidup 1.2 juta
2. Khairat sakit peringkat awal
3. Khairat sakit peringkat akhir
4. Elaun wad
5. Kemalangan ( utk dewasa shj) beserta elaun MC beserta klaim ubatan jika berlaku musibah kemalangan
6. Simpanan
7. Waiver contribution-yang ni sangat penting! Allah takdirkan berlaku musibah kpd beliau, beliau tidak perlu mencarum lagi & manfaat takaful berjalan seperti biasa (ciri unik yang tiada di simpanan biasa)
8. Free car assistance. Yang ni pun best tau sebab di Great Eastern Takaful, selain jaga klien, kereta klien pun kami jaga jugak! Extra value added servis kami beri untuk klien.
Oklah cukup setakat itu dulu. Sekiranya anda sedang mencari produk takaful yang sesuai, boleh hubungi saya untuk mendapatkan quotation.Sekurang-kurangya anda boleh buat perbandingan dengan operator takaful yang lain untuk anda memilih yang terbaik! 
Shahila
010.436.3234
shahilasabarudin@gmail.com

i Great Ameen serendah RM50 sebulan

16:37 Perunding Takaful Selangor 0 Comments






i Great Ameen -Takaful Untuk Ibu Bapa

22:57 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

iGreat Ameen yang dilancarkan bermula 1 Oktober yang lalu betul-betul menjadi produk HOT Great Eastern Takaful.

Serendah RM 50 ringgit sebulan, ia memberi peluang kepada anak-anak untuk menghadiahkan produk kasih sayang ini kepada ibu-bapa mereka.

Ada juga klien saya yang mencarum iGreatAmeen untuk dirinya sendiri. Katanya mahu meletakkan isteri dan anak-anaknya sebagai penama. Sangat bertanggungjawab. Dia sendiri faham tentang kepentingan hibah takaful kepada isterinya seorang surirumah untuk meneruskan kelangsungan hidup sekiranya dia pergi menghadap Ilahi.

Selebihnya waris boleh gunakan untuk badal haji, waqaf dan sadaqah kepada arwah.
Yang bestnya, kuota ini ada tempoh terhad sehingga 31 Disember 2015 sahaja !

Shahila Sabarudin
30.10.2015
2249
Iklan berkenaan i-Great Ameen

Contoh perlindungan wanita berumur 50 tahun

Sekian :) ! 

|Riang Ria Raya Haji 2015|Pahang|

23:25 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Sedang dalam perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur setelah 3 hari di kampung.
Memilih perjalanan waktu malam, sejuk sikit kan.
Sambutan raya korban kali ini disambut sederhana.
Malam raya sempatlah kami membakar lemang kecil-kecilan untuk makan sekeluarga. Abang dan adik orang  yang paling eksited nak tolong bakar lemang. Nasib pakde dan pakcu ada tukang monitor anak-anak sedara :)
Memulakan pagi raya kami ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha. Kemudian ke tempat korban. Sekejap saja (satu gambar pun tak ambil).huhu
Waktu petang barulah kami sekeluarga berziarah ke rumah saudara, rumah wan di kampung dan lepak di sana sampai malam. Tamat kisah raya pertama.
Bersambung ke Taman Tema Kubang Gajah keesokan harinya.
[ P/S Untuk quotation atau pertanyaan tentang Great Eastern takaful sila whatsapp/email/isi form yang disediakan. Pasti anda sedang survei operator-operator yang lain juga kan. Saya akan cuba bantu rakan-rakan yang sedang mencari maklumat berkaitan great eastern takaful ]
Sekali lagi Salam Aidiladha dari saya, perunding takaful anda ;)

|Permohonan Baru Takaful|Great Eastern Mall|

14:06 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Kisah sehari sebelum raya korban.
Singgah sebentar ke Great Eastern Mall menguruskan permohonan baru, renewal payment dan membeli sedikit gift untuk client.
Selesai urusan, kami terus pulang ke Pahang.
Hepinya nak balik kampung.
Raya raya juga, takaful tetap dihati :)
Untuk pertanyaan takaful atau quotation sila whatsapp/email ke :
#ShahilaGET
010.436.3234
shahilasabarudin@gmail.com

Kelas Mingguan - Sharing bersama GSM Ms Ooi

00:26 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Kelas minggu lepas.
Penat? Ya, Saya akui. Memang penat.
Kawan saya kata saya tegar.huhu 
Bukan tegar tapi sebab saya NAK BUAT. Itu saja. Bila kita FOKUS mahukan sesuatu memang itu sahaja yang kita nampak kan.
Setiap malam Jumaat  saya meredah jem yang 'tenat' di Jalan Ampang kerana ILMU. Penat tapi berbaloi. Saya sudah mula nampak 'jalan' apa yang sedang saya usahakan. 
Ms Ooi berkongsi kisah bagaimana beliau terjun ke dalam bidang ini. Dari seorang tauke butik ke dunia insurans. Sekarang bergelar Group Manager dan mempunyai agensi sendiri.
Katanya kena rajin buka mulut. Dia juga menggunakan hobinya menyanyi dan menari untuk mencari kawan-kawan baru. Seterusnya menjadi prospek & client. Kebanyakan client beliau adalah dari natural market.
Nak kata susah taklah susah sangat, nak kata senang taklah senang. Yang penting mesti mencuba. Selagi tak mencuba kita takkan tahu potensi diri kita. Sekurang-kurangnya sebelah kaki kita telah gerakkan untuk berjaya,tapi jika langsung tak mencuba,jawapannya pasti GAGAL.
Adik-adikku,
Masih muda, belia, cantik, kacak dan masih bertenaga. Waktu inilah bekerja sekuatnya, mencari pengalaman hidup dan pendapatan tambahan. Dengan modal minima 84++ ringgit sahaja adik-adik sudah boleh bermula. Disusuli dengan ilmu & usaha InsyaAllah akan nampak hasilnya. Jangan percaya kata kakak. Buat dulu. Adik buat, adik dapat hasilnya.Masa itu baru adik faham.
Hubungi kakak untuk kita sembang-sembang tentang kerjaya di takaful ya. Ramai yang sedang mencari pendapatan tambahan di luar sana.Cuba adik buka mata dan minda. Siapa dari kalangan ahli keluarga adik yang masih belum mempunyai simpanan takaful. Bantu mereka dulu. Bila mereka susah kita juga sedikit sebanyak merasa sakitnya. Cubit peha kanan, peha kiri terasa.

Perunding Takaful 
Shahila Sabarudin
010.436.3234
shahilasabarudin@gmail.com
|723 am |23 Sept 2015|

Layan anak-anak berenang

12:26 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Sabtu.
Lepak santai melayan anak-anak di kolam renang sambil membalas email kawan lama di universiti. Beliau berminat nak tau lebih lanjut berkenaan takaful.
Selesai membalas email, update blog sekejap.
Bagusnya smartphone. Semua kerja boleh berjalan serentak dalam satu masa.
Saya dengan senang hati ingin menjemput rakan rakan diluar untuk memulakan perniagaan sendiri sebagai perunding takaful dengan modal yang minima RM 84++ sahaja seumur hidup.
Kelas latihan dan bimbingan akan diberikan setiap minggu. Sekarang zaman dah canggih, macam-macam cara yang boleh digunakan untuk berniaga bergantung pada kelebihan anda. Ada yang terror bila face-to-face, on the phone, whatsapp, media sosial dan macam-macam.
Gunakan kelebihan kita untuk membina diri lebih berjaya. Sayang jika tak diguna. Kadang-kadang kita tak sedar potensi diri sendiri. So di sini anda akan dilatih untuk , "UNLOCK YOUR POTENTIAL"!
#ShahilaGET
#ShahilaPerundingTakaful
#010.436.3234

Kerjaya Perunding TAKAFUL

09:29 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Kerjaya sebagai Perunding Takaful membuat saya belajar melihat pelbagai gelagat & kerenah manusia setiap hari.

Kata seseorang yang saya selalu ingat, kita yang ada lesen takaful. Kita adalah #daeitakaful untuk mendidik anak bangsa APA ITU takaful.

Bagaimana kehidupan si isteri & anak-anaknya jika si suami ketua keluarga pergi tanpa meninggalkan apa-apa untuk keluarganya. Masih lagi terkejut kehilangan yang tersayang, kini semua tanggungjawab tergalas dibahu isteri. Bayangkan jika isteri seorang suri rumah. Sudah biasa di rumah menjaga keperluan keluarga tapi kini dikerah mencari rezeki diluar demi meneruskan kehidupan.

Bagaimana pula jika ketua keluarga tak meninggal, tapi hilang upaya bekerja? Sekali lagi nasib isteri & anak-anak jadi pertaruhan.
Bagaimana pula bila berhadapan dengan situasi sakit yang memerlukan kos 50 ribu secepat mungkin untuk operation anak tercinta.

Di sinilah TAKAFUL berfungsi untuk membantu kalian sekeluarga. Jika si suami meninggalkan sesuatu, si isteri mungkin tak perlu bekerja diluar, meneruskan hidup dengan HIBAH TAKAFUL dari arwah suami. Jika hilang upaya ada PAMPASAN HILANG UPAYA TAKAFUL yang diterima untuk dibuat belanja harian,belanja dapur,duit keperluan sekolah anak dan lain-lain. Sekiranya si ayah ada mengambil TAKAFUL untuk si anak, pasti ada MANFAAT TAKAFUL PENYAKIT KRITIKAL. Pembedahan segera dapat dilakukan dengan manfaat yang diterima dan peluang untuk kembali sihat seperti dulu lebih tinggi dengan izin Allah.

Perunding Takaful pula bukanlah seseorang yang menakutkan. Kami GENY kini lebih terbuka dalam menyebarkan kepada masyarakat tentang TAKAFUL. Kami dengan senang hati akan terangkan tapi jika anda menolak kami tak memaksa.

Ya, benar 6 tahun commission adalah imbuhan panjang kata orang. Namun selepas tahun ke 6 walaupun tiada lagi imbuhan kami masih bersama client-client tersayang & service polisi-polisi mereka seumur hidup kami :). Mungkin10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun. Samada client atau kami agen yang pergi dulu. Begitulah ibaratnya.

#ShahilaGET
#ShahilaPerundingTakaful
010.436.3234

Sijil TAKAFUL

11:48 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

2 hari lepas saya menghantar sijil takaful (buku polisi) kepada client. Saya ceritakan serba sedikit kisah hidupnya.
Seorang anak muda,lelaki berumur 30 tahun. Walaupun muda sudah ada kesedaran tinggi mencari perlindungan takaful.  Beliau masih bujang dan sekarang tinggal bersama ayah & ibunya. Cerita beliau, ayahnya ditakdirkan terkena stroke beberapa tahun lepas. Sekarang dialah yang akan memandikan ayahnya setiap hari selepas balik dari kerja.
Baik budaknya. Moga Allah beri ganjaran yang tinggi disisiNya. Akak doakan Allah permudahkan hidup & segala urusan kamu dik dengan berkat menjaga kedua ibu bapamu.
#ShahilaGET
#ShahilaPerundingTakaful
010.436.3234

Takaful susah CLAIM?

09:43 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Selain cerita pasal coverage, CLAIM adalah antara soklan2 yang PALING  kerap ditanya oleh bakal pelanggan ..
"claim susah tak?"
"kalo buat claim berapa lama nak dpt?"
"nape polan si polan tu x dpt claim?".. "pernah buat claim?"
"takutla claim tak dapat "
Di bawah Jamilah Agensi dengan pengalaman mama Jamilah Bt Ismail Ilah yang lebih dari 18 tahun dalam industri,  Alhamdulillah banyak MEMBANTU memudahkan urusan client2 kami terutamanya dari segi CLAIM. InsyaAllah claim-claim anda diuruskan dengan cepat & pantas ! :)
CLAIM2 ni jugalah sebagai pengganti gaji sepanjang tempoh client tak mampu bekerja especially kalau BEKERJA SENDIRI. Kalau tak terpaksa keluarkan SEDEBUK duit simpanan kita sbb nak cover kos2 harian semasa diuji. Rugi SGT SGT SGT. Untuk peniaga WANITA online@offline/WAHM boleh pm/whatsapp saya. Saya akan cuba guide anda cara MENYIMPAN  di sini. Kita wanita memang cepat rambang mata,duit bisnes kalo tak diurus akhirnya memang tak tau pergi ke mana. Tau2 je da abis. Yang penting mesti beringat selalu ya :)
#ShahilaGET
#ShahilaPerundingTakaful
010.436.3234

Medical card company VS Medical card personal

20:13 Unknown 1 Comments

Ayat klise :)

Sekarang sekeluarga pakai takaful apa?

Ada dah ni. Kitaorang satu family company yang cover.


Ini soalan yang biasa saya akan tanya pada kawan-kawan terdekat.

Sebab untuk stage umur macam kami, kebiasaanya sudah bekerluarga dan kerjaya lebih stabil.


Dulu pun saya kurang kisah sangat perkara ni sebab kami sekeluarga memang unlimited covered oleh syarikat suami bekerja . Sakit, warded semua rujuk saja dengan hospital swasta. Layanan nurse & doktor of courselah tip top.

Sekarang barulah terbuka minda KENAPA kami sekeluarga WAJIB ada medical card personal.

Saya akan kongsikan sedikit di sini;

1. First of all medical card company sah-sah bukan kita yang  punya. Apa-apa jadi pada kita in future (company memang tengah nak buang orang dan nama kita pulak yang naik atau terlantar lama di katil akibat sakit ) so, memang company tak agak-agak untuk tolak kita keluar dari situ. Day 1 start saja kita ditolak keluar memang automatically kita sekeluarga dah tiada sebarang perlindungan. Kita akan kata tak mungkin, sebab company aku  besar bla bla tapi apa perancangan kita? Kata orang tua-tua beringat-ingat!

Sebut pasal sakit saya ada terbaca di blog seseorang (maaf tak ingat blog apa), tentang seorang kakak ni telefon dia bagitau nak ambil takaful. Dia kata dia sanggup bayar (satu amaun agak banyak tapi tak ingat berapa). Bila selidik punya selidik rupanya dia nak ambil untuk suaminya sakit leukimia. Katanya dulu suaminya seorang engineer dan mereka sekeluarga dicover oleh medical card company. Lepas tu bila doktor dah sahkan dia sakit,  dia macam tak dapat nak sesuaikan diri dengan sakit tu,jadi dia ambil banyak cuti. Lama-lama company nasihatkan dia berhenti kerja. Sejak itu dia dah tak ada apa-apa perlindungan lagi. Setiap bulan beribu-ribu ringgit si isteri terpaksa habisakan untuk rawatan si suami. Makanya abislah segala simpanan terpaksa digunakan untuk itu.

Lagi satu, sebelum ni saya tak concern sangat pasal penyakit buah pinggang hinggalah  2 atau 3 hari lepas kawan (agent juga) ada tunjukkan satu video temuramah seorang makcik pengidap sakit buah pinggang kronik. Makcik ni kata sekali cuci buah pinggang RM 220 dan mesti buat 3 kali seminggu.

Fuhh. RM 220 ! SEBULAN habis RM 2,640.00 untuk mencuci sahaja. Belum lagi yang lain macam ubat-ubatan dan duit belanja dapur harian.

Duit pencen pun tidaklah seberapa tapi mujur beliau beringat dan mencarum dalam insuran masa muda dulu.

.
.
.
.
.
.
.

SETAHUN? RM 31,680.00 

Banyak giler! Mungkin dalam beberapa tahun duit simpanan beliau yang bertahun-tahun tu boleh habis untuk bayar bil perubatan sahaja jika tiada insurans.

So makcik ni bijak dan dia telah dapat berjaya MENGURANGKAN KEBOCORAN KEWANGAN beliau.


pic courtesy www.google.com

pic courtesy www.google.com

Korang boleh layari http://www.nkf.org.my/ untuk info lanjut mengenai penyakit buah pinggang.

Dua cerita yang saya kongsikan ini bukan cerita kat luar negara atau cerita kat negara Pasir Berdengung tau. Ini kisah yang terjadi kat Malaysia.  

Dan ia mungkin terjadi kepada sesiapa pun.

2. Katakan kita pekerja paling setia, kita nak bekerja dengan company X sampai pencen. Masih medical card bukan hak kita pun. Dah pencen kita mesti pulangkan medical card kepada company. Lepas tu baru nak apply medical card sebab tak biasa nak buat rawatan kat hospital kerajaan katanya. Agak-agak berapa ribu kita sanggup nak mencarum kat usia emas tu? 8 ribu ok tak?
Tapi masa tu kalau masih sihatlah. Kalau dah sakit tiada company takaful yang sanggup nak ambil walaupun kita boleh bayar 10 ribu sebulan.


pic courtesy www.google.com

3. Peniaga offline/peniaga online/peniaga pasar malam/peniaga pasar tani/pengusaha restoran anda WAJIB ada medical card sebab jatuh bangun perniagaan bergantung pada anda. Sekarang masih sihat, masih muda, caruman masih murah mesti pagar diri. Bila sudah tak sihat macammana mahu bekerja. Di sinilah peranan takaful. Dengan manfaat yang banyak (3 dalam 1 iaitu simpanan, pelindungan dan medical card) ia benar-benar membantu para peniaga. Usah bazirkan puluhan ribu ringgit hasil penat lelah anda berniaga untuk rawatan perubatan. Ada manfaat takaful yang boleh digunakan MEMBANTU ANDA & PERNIAGAAN ANDA. Salah satunya ialah elaun berehat di wad sebagai pengganti pendapatan harian anda sekiranya berada di hospital.

Di dalam medical card juga ada satu manfaat yang menerangkan rawatan dialisis penyakit buah pinggang pesakit luar & rawatan kanser pesakit luar.

Saya tak dapat nak menerangkan segala-galanya dalam blog ni.

Bagaimanapun, kita boleh set appoinment dan saya akan terangkan satu persatu apa yang medical card BOLEH MEMBANTU anda sekeluarga.

Dulu saya pun takut nak jumpa dengan perunding takaful sebab mesti suruh kita join takaful.Sekarang saya sedar tugas kami ialah GST;

G - GIGIH
S - SEBAR
T - TAKAFUL

Kaum lain lebih banyak pendedahan tentang apa insuran boleh bantu mereka sebab itu mereka tak ragu-ragu nak mencarum dalam jumlah yang besar. 

Agent-agent di kalangan mereka sendiri gigih menyebarkan ilmu insuran & bagaimana insurans boleh mengelakkan kebocoran wang simpanan mereka.

Ramai antara kita yang sangat takut di 'approach' oleh  perunding takaful. Berikankan sedikit ruang untuk diri sendiri faham akan manfaat takaful 3 dalam 1 (simpanan, perlindungan dan medical card) 

Selepas itu keputusan di tangan anda, takda paksaan pun.

Mungkin isu kekangan kewangan adalah salah satu sebabnya di tambah pula dengan keadaan ekonomi negara masakini.

Namun bagaimana ? Adakah 5 atau 10 tahun akan datang kita masih mampu seperti sekarang?

Apa perancangan kita mengurangkan RISIKO KEBOCORAN WANG YANG LEBIH BANYAK di masa hadapan?


pelan PAGAR DIRI & PASANGAN!
Shahila Sabarudin
010-436 3234
shahilasabarudin@gmail.com

Sorry, TAK BOLEH ambil takaful lagi !

14:15 Unknown 0 Comments


Baru-baru ni aku jumpa dengan kawan tempat kerja lama.

Berborak-borak kosong sambil berbual pasal takaful.

Kami bertiga.

Aku beritahu pada salah seorang dari mereka ;

''Sorry bang kalau dah ada kencing manis memang tak boleh dah''

La yeke..katanya.So yang ni memang tak boleh dahla.

Sorang lagi ;

'' Aku bukan tak nak tapi dulu masa aku accident tak dapat claim ko tau, sejak tu aku terus frust dengan insuran ni.

Bla bla bla dia bercerita sebab musababnya.

Abis tu sekarang dah tak ambil ape-ape ke?

''Tunggu dulu, memang nak buat untuk anak-anak nanti''

Sebelum balik aku minta name card. As usual masa beri kad dia kata abisla pasni hari-hari aku dapat mesej pasal insuran.

Aku gelak je. 

Sebelum balik 'Nanti email quotation'

.
.
.
.
.
.
.
.
Future client...Maybe

Dengan izinNYA.

Yang sihat masih boleh PAGAR DIRI DAN KELUARGA ANDA.

Yang ada medical card company -yes, untuk perubatan di hospital company tanggung SELAGI ANDA BEKERJA DI SANA tapi anda masih perlu duit untuk beli supplement tambahan untuk cepat sihat, nak cuba perubatan alternatif semuanya perlukan sejumlah wang.

Cuma bila sudah tidak sihat seperti dulu dan ambil selalu cuti sakit pada jangkamasa yang panjang, agak-agak sampai bila yea company kita tu boleh BERSABAR dengan kita?


Pakar Pagar Diri & Keluarga
shahilasabarudin@gmail.com
010-436 3234
COVERING AREA : Temerloh, Mentakab, Bangsar, Bangsar South, UM, PJ, Kuala Lumpur dan Selangor

Kerjaya Yang Paling Ditakuti

01:41 Unknown 0 Comments


Situasi.

Jumpe kawan yang dah lama tak jumpa.

Kau buat ape sekarang?

Aku sekarang wat takaful. Great Eastern.

Krik Krik Krik Krik.

Mesti korang berdebar kan kalau jumpe kawan yang jadi agent. Especially bila korang satu polisi pun belum ada.

Dalam hati: Abisla aku mesti kena kempen beli insuran ni.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah banyak situasi yang aku alami lebih kurang macam ni, akhirnya aku sedar yang bidang aku ceburi ini ialah KERJAYA yang paling ditakuti oleh orang awam.

Huhu.

Betulkan?

Aku tau sebab aku pun pernah lalui perkara macam ni.

Anyway...

Aku harap sedikit demi sedikit perkongsian di blog aku ni akan menghilangkan stigma yang tak berapa best tentang takaful ni.

Bukan semua. Ramai yang mengakui kebaikan takaful bila aku terangkan satu persatu cuma bila tanya feedback ada yang kata belum terbuka hati, takda budget, nantilah dulu, tunggulah dulu lagi satu yang paling common 'kalau nak nanti aku calling2 ko.

Ayat standard.

Terpulang.

Tiada paksaan.

Sebab matlamat aku adalah nak bantu lebih ramai orang faham TUJUAN takaful dan MENGAPA setiap orang sekurang-kurangnya MESTI ada satu polisi yang personal. Yang company cover tu tak kira.

Aku sedang mendaki.

Kadang -kadang baru cakap mukadimah pun orang dah malas nak layan..Huhu

Positif.

.
.
.
.
.
.
.
.

BANTU share share dan terus share dengan orang di sekeliling aku.

Bantu MEMBERI pencerahan kepda yang kurang faham.

Dengan izinNYA.