KENAPA HIBAH TAKAFUL PENTING?

14:29 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

 

Music: Green Leaves
Musician: music by audionautix.com
License: https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/legalcode

Hai dan Assalamualaikum semua. Bila Klang Valley mula pkpb memang tak boleh rentas daerah. Lagipun area Selangor ni setiap hari 100++ kes Covid19 setiap hari. Memang agak risau juga nak kemana-mana. Namun begitu, kita still boleh communicate & sign up secara online. Alhamdulillah syukur bisnes takaful masih berjalan. Sis masih boleh bantu sahabat-sahabat di luar sana untuk mendapatkan perlindungan untuk keluarga tercinta. 

So ini video sis buat tentang hibah takaful. Selamat menonton dan semoga diberi kefahaman dan dibukakan  hati. 

Lots of love,
Shahila
Fulltime Advisor
Great Eastern Takaful
012 387 3234





Claim Medical card & Elaun wad

16:05 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

 Assalamualaikum semua. 

Hari ni saya nak update berkenaan claim client saya yang warded beberapa bulan lepas. Client mengalami sakit bawah abdomen yang amat sangat. Straight away dibawa ke Columbia Cheras. Kemasukan menggunakan GL dari Great Eastern Takaful.  Hasil dari diagnosis doktor menyatakan beliau ada cyst. 

 Client warded sehari sahaja kemudian akan menjalani pembedahan cyst  minggu berikutnya.



Bil  sehari mencecah hampir RM5000.00. Disebabkan client mengambil pelan yang tiada co-takaful maka beliau hanya perlu membayar jumlah itu sahaja. Pregnancy test & admin fee tak cover. Alhamdulillah dengan adanya medical card (medical card ni pun sudah 4 tahun lebih beliau mencarum dengan saya), dah melebihi tempoh 2 tahun contestible period. Kalau korang nak tau contestible period tu apa boleh tanye nanti ye.


Keluar wad dapat pula duit poket. Elaun wad ni sangat membantu sebab bila masuk hospital biasanya memang akan ada seseorang yang akan jadi penjaga bukan? So penjaga ni pun perlu makan, minum, duit minyak,tol dan duit parking untuk datang ke hospital. Elaun wad ni sebagai duit tambahan untuk back up perbelanjaan kecil yang orang tak kisah tapi sebenarnya kalau tambah-tambah banyak juga sebenarnya kos tersebut.

Lagi satu korang tahu tak, walaupun korang ada buat claim tak kisahlah berapa ribu pun, simpanan korang dalam takaful ni tetap tak usik. Orang kata sambil simpan, sambil kita dilindungi. Berlaku musibah, ada takaful yang membantu. Hari tua ada juga simpanan extra kita selain KWSP atau pencen.


Eh ada elaun wad RM 200 pulak. Ye, yang ini untuk kemasukan kali kedua selama 2 hari bagi menjalani pembedahan. Kali ni client gunakan GL syarikat tempat beliau bekerja cuma elaun wad je claim dengan Great Eastern Takaful. Boleh je macam tu. Let say korang tak nak ambil medical card, boleh ambil je ambil pelan yang ada elaun wad, minimum RM 50 sehari. Tak mahal pun, boleh request quotation kat SINI .At least ada juga claim duit poket kalau dimasukkan ke hospital. Masuk hospital di mana-mana tak kisah, kerajaan atau swasta.



Jadi sekian dulu sharing saya kali ini. Kita berjumpa di lain penulisan ye. Semoga bermanfaat untuk semua. Gais, kalau perlukan khidmat nasihat untuk takaful atau nak sertai menjadi sebahagian dari kami boleh hubungi saya okey!

Shahila
Fulltime Advisor







MRTT

10:00 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



MRTT

Pernah tengok LO (Lettter Offer) rumah sendiri. Atau dah tak tahu letak kat mana ðŸ˜…
1. Semak financing rumah berapa tahun
2. MRTT sama tak dengan financing rumah? Kalau financing 30 tahun, MRTT pun 30 tahun.
Kalau tak sama.
Macam kami financing 33 tahun, MRTT 28 tahun. Tahun ke-29 ada anggaran baki pinjaman 37 ribu. Mungkin lebih atau kurang sebab rate kan turun naik. Kami buat satu life takaful. Incase kami tiada selepas tahun ke 28, MRTT dah tak cover. Waris ada duit pampasan untuk selesaikan baki pinjaman.
Kami tak tahu waktu tu anak-anak mampu atau tidak nak sambung bayar bulan-bulan. Kalau tak mampu rumah kena lelong pula. Kawan banker bagitau banyak cases camni. Sayang sangat. Jadi sebaiknya sediakan ‘back-up’ plan sementara tengah sihat ni.
Bukan senang nak membeli hartanah. So bila dah ada mesti jaga betul-betul. Zaman anak-anak kita nanti tak tahu berapa pulak harga sebiji rumah. Dulu tak tahu. Bila duduk dalam bidang kewangan saya banyak belajar ilmu baru. Saya kongsikan pula dengan teman-teman.
Kata seorang guru, kalau kita pun payah cari dokumen sendiri. Bayangkan bila kita takde agak-agak senang tak waris nak cari..Akak sentap dah ritu. Huhu. ðŸ’•

Shahila
Dah boleh start cari LO. Kalau tak sure nak tengok bahagian mana piyem tepi okie

KENAPA HIBAH TAKAFUL

12:39 Perunding Takaful Selangor 0 Comments



Salam hormat semua.

Sebelum ini saya ada kongsi berkenaan hibah . Korang boleh baca yang tu dulu sebagai permulaan.

Jadi arini nak kongsi kenapa korang perlukan hibah takaful? The beauty of hibah takaful. Okey jom..

1. Hibah takaful adalah cara paling pantas mencipta TUNAI kepada waris.

2. 100% hakmilik penama hibah takaful. Mengelakkan masalah perebutan harta.

3. Tidak menjadi harta pusaka

4. Tidak perlu faraid.

Kiranya hibah takaful adalah 'aset cair' sementara waris hendak meyelesaikan tuntutan pusaka dan lain-lain. 

Apa pun yang tinggal perlu meneruskan kehidupan bukan? 

Jika terniat, usah bertangguh lagi. Dapatkan quotation dari beberapa syarikat dan pilih yang mana berkenan.

Menunggu sempurna kita takkan bermula.



Shahila

Pencapaian 2020

22:34 Perunding Takaful Selangor 0 Comments

Assalamualaikum.

Lama betul Kak Ila tak update blog ni sampailah beberapa hari lepas ada prospek (alhamdulillah dah jadi client) bertanya tentang hibah takaful RM 30 sebulan.

Kak Ila tanya dari mana beliau dapat nombor contact , katanya beliau cari tentang hibah dan akhirnya terjumpa dengan blog Kak Ila.

Jadi rasanya baik Kak Ila teruskan update blog, supaya mudah-mudahan ilmu yang Kak Ila ada ni boleh dimanfaatkan kepada ramai orang.

Baiklah, hari ni Kak Ila tak nak cerita tentang produk atau kelebihan takaful, just nak nak update sendikit pencapaian untuk April 2020.



Kak Ila masih aktif menjadi perunding takaful ye. Selalu juga update di fb page (ada kat dalam blog ni). Boleh like & follow jika nak dapatkan update terkini tentang produk dan promosi.

Since dah lebih 3 tahun pengalaman dalam industri, Kak Ila juga nak buka peluang pada rakan-rakan yang nak cari pendapatan tambahan. Stay-at-home-mom, surirumah, student atau yang ada kerja tetap tapi nak cari duit tambahan korang sangat dialu-alukan untuk bermula. Bermodalkan RM 80 untuk ambil lesen takaful dan yang bestnya exam takaful sekarang boleh ambil kat rumah je due to PKP ni kan. Mudah sangat. Rugi kalau korang lepaskan peluang ni. Bukan apa, mana nak cari bisnes yang ada pasif income selama 5 tahun kan. Selalunya kelas minggguan diadakan di Menara Great Eastern Jalan Ampang setiap Rabu tapi disebabkan PKP kelas kita sekarang dijalankan menggunakan aplikasi Zoom Meeting secara mingguan. 

So jangan risau untuk bermula. Yang penting dalam hati tu nak buat sebab benda-benda macam ni kena dari kita sendiri. Datanglah pakar motivasi paling power dalam dunia sekali pun jumpa kita, tapi kalau diri sendiri tak nak, memang takkan jadi. Trust me.

Oklah kalau korang nak tahu details, boleh wasap kak Ila  okie.

Sampai sini dulu korang, #StaySafe #StayatHome


Shahila @ Kak Ila
Great Eastern Takaful